Saya Ke Kelab Malam Untuk Tenangkan Fikiran – Tasha Shilla

Hiburan

Saya Ke Kelab Malam Untuk Tenangkan Fikiran – Tasha Shilla

Abang Nara dah lama tahu orang pergi kelab malam untuk lepaskan tekanan. Member-member Abang Nara pun ada 2,3 orang yang selalu pergi clubbing. Abang Nara faham Tasha Shilla pun stress dengan kerja. Kalau pergi clubbing, confirm menari bagai nak rak. Bak kata kawan Abang Nara, bila menari terasa dunia ini dia yang punya.

tasha shilla

Advertisement

Kata Tasha Shilla:-

Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.

Nampaknya Abang Nara pun kena belajar pergi kelab malam sebab nak tenangkan fikiran. Tak pernah pulak terfikir memang berkesan aktiviti di kelab malam sampai Tasha Shilla pun mengakuinya. Tapi Abang Nara hanya mahukan Tasha Shilla untuk menjadi cikgu clubbing Abang Nara. Rasa-rasa dia sudi tak? Hehehe.

P.S: Mungkin Tasha Shilla patut bagitau kelab malam yang dia pergi. Rasanya ramai orang di luar sana yang ingin mencari ketenangan secara “berjemaah” bersama Tasha Shilla.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

255 Comments

  1. heechul

    June 18, 2012 at 11:05 pm

    Alamak t’lmbat pulak bg komen tp xpela kan..

    Walaupon p’gunaan bahasa utk m’beri nasihat agak kasar bunyinye, tapi p’cayela ada mende baik utk renungan kita b’sama..bukan utk cik tasha jer tp utk kita gak. Jgn jadikan perkara buruk yg b’laku pd masa lepas m’jadi penghalang utk kita lebih dekat dgn kebaikan..slow-slow pon xpe la coz kita pon asalnye mmg x sempurna mane pon terus tetibe nak buat baik kan..

    Kita yg rase amal dah sempurna tu (erk yeke ni?hee) marilah sama2 doa amal baik kita ni dterima Allah. Bkn utk diri kita je ea tapi utk sume umat islam seluruh dunia la supaya dijauhi kesesatan n diberi ketenangan idup bkn kat dunia je kat akhirat gak.

    Mungkin cik tasha blom nampk dan alami sndri erti ketenangan sepertimana amalan2 yg kita praktikkan utk b’tenang ne kan..hehe

    Jgnla kita b’kasar dan maki org sebegitu. Kita juga ada buat silap cuma kita bukan artis mcm cik tasha n kluar plak statement cmtu. Sbb tu impact dia lbh kuat. Takut nti esok lusa, bila kita diduga Allah, kita pulak jadi mcm cik tasha. Berdoalah utk dia dan diri kita agar kekal tenangnye hidup ne ikut jln yg btol. InsyaAllah. Allah Maha Penyayang kan..tiada apa yg mustahil bgNya utk diri dia dan jugak diri kita.

    :)

  2. havockerz

    April 11, 2012 at 1:59 am

    macam nie nye BERUK yang korunk vote ? macam orang tak de IMAN kau cakap tasha oii

  3. Anonymous

    February 28, 2012 at 2:27 am

    artis skunk nie makin cetek tentang agama…harapkan muke jew cantik…sedarlah tu kurniaan dr sape…klau tuhan nak tarik kejap jew…xkan lepas tu bru nak sedar sape yg lebih berkuasa…

  4. Anonymous

    February 27, 2012 at 1:38 pm

    Tenang hati kat kelab? bodo punya manusia… ckp mcm xde agama…

  5. mizz [email protected] myself n i

    February 22, 2012 at 4:09 pm

    aku amik dari pakar motivasi Dato Dr Fadhilah Hj Kamsah…ha amik….

Loading...