Saya Ke Indonesia Bukan Untuk Bertemu Dengan Baim – Nur Fathia

Hiburan

Saya Ke Indonesia Bukan Untuk Bertemu Dengan Baim – Nur Fathia

Meskipun pernah menafikan gosip yang mendakwa beliau dan Baim Wong bakal bernikah, aktres Nur Fathia masih lagi dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi apabila beliau baru-baru ini ke Indonesia. Ada pihak yang mengatakan Fathia sebenarnya mahu berjumpa dengan Baim.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Fathia menjelaskan tujuan beliau ke sana adalah atas urusan perniagaan sahaja dan ia sama sekali tiada kaitan dengan Baim.

Saya ke sana atas urusan perniagaan, tidak ada kena mengena dengan Baim. Tambahan pula saya ke Yogyakarta bukan ke Jakarta. Jadi tidak ada kena mengena mahu jumpa Baim atau sesiapa.

Fathia pada masa yang sama menjelaskan beliau tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul. Malah, apa sahaja yang dilaporkan sebelum ini adalah fitnah dan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

Foto mesra mereka berdua yang tersebar itu pula adalah ketika kedua-dua bekerjasama dalam sebuah drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Semua itu fitnah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana kisah ini boleh timbul. Tetapi ikutkan kisah ini mula-mula dimainkan media di Indonesia sebelum sebuah blog hiburan di sini kongsikan pula.

Kami kawan, dan saya berkawan dengan ramai orang. Tiada istilah istimewa atau apa. Gambar tersebut juga diambil ketika kami bekerjasama dalam sebuah drama baru-baru ini.

Mungkin kerana Fathia sudah kembali solo, sebab itu ada sahaja gosip yang mendakwa Fathia sudah bertemu dengan pengganti Aiman Hakim Ridza. Sabarlah Fathia.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...