“Saya Kasihan Pada Syamimia, Saya Takut Awak Tertekan..” – Iqbal Zulkefli Nasihat Syamimia Berhenti Lawan Netizen

Hiburan

“Saya Kasihan Pada Syamimia, Saya Takut Awak Tertekan..” – Iqbal Zulkefli Nasihat Syamimia Berhenti Lawan Netizen

Kasihan melihat pempengaruh Syamimia yang berteruskan dihentam di media sosial, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memberi nasihat kepada personaliti media sosial itu untuk tidak terus melawan netizen.

Katanya, dia turut menasihati Syamimia untuk tidak mengulas atau memberi sebarang kenyataan yang boleh mengundang kemarahan warganet dan menyebabkab mereka kembali membidas pempengaruh itu tanpa belas kasihan.

Advertisement

Cara Syamimia selalu pertahankan diri tu seolah-olah mencabar netizen. Netizen ni sebenarnya lantang di komen sahaja, apabila jumpa di luar, mereka juga sumber kekuatan kita.

Saya kasihan pada Syamimia. Saya takut nanti awak jadi tertekan. Awak sangat kreatif, ada banyak bakat dan ada nilai komersial tersendiri.

iqbalSumber : Instagram  

Dalam hantaran Iqbal itu juga, dia berkata kadang-kala menjadi personaliti media sosial ini perlu pandai menilai bila dirinya harus mempertahankan diri dan bila harus mengalah memandangkan kuasa netizen di media sosial itu sangat berpengaruh.

Pada masa yang sama, usahawan ini juga yakin akan kebolehan Syamimia yang boleh pergi jauh dengan bakatnya itu. Dia percaya akan ada sesetangah jenama dan syarikat yang sanggup mengeluarkan ratusan ribu ringgit untuk bekerjasama dengannya.

Terdahulu, Syamimia berkongsi lauahan hatinya yang sebak kerana kecaman netizen yang sentiasa mencari kesalahan dan menilai dirinya dalam apa juga keadaan.

BACA: Bila Orang Berjudi, Minum Arak, Korang Tutup Sebelah Mata Syamimia Menangis Ketika Live Tuduh Netizen Pilih Bulu

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...