Dilabel sebagai penunggang agama kerana kembali berpakaian dan bersolek seperti wanita selepas membuat pengakuan ingin bertaubat pada tahun lalu, nama usahawan kosmetik Safiey Illias kembali menjadi perbualan hangat.
Tidak menyatakan sebab mengapa beliau berubah menjadi mak nyah semula, Safiey menerima pelbagai kecaman daripada netizen terutama sekali ketika beliau bergambar dengan lelaki. Mereka menggelarnya “kunyit” dan pelbagai terma lagi.
Mungkin sudah tertekan dan tidak dapat menahan kesabarannya lagi, ini respon Safiey terhadap mereka yang sering melemparkan kata-kata negatif kepada dirinya.
Susah untuk kita mengharapkan manusia itu untuk berubah sekiranya sesuatu perkara itu sudah terlalu sebati dengan diri mereka. Apa pendapat anda?