August 3rd, 2015

Pernah digosipkan bercinta bersama Zizan Razak dan SonaOne, Juliana Evans memberitahu beliau tidak mempunyai hasrat untuk bercinta dengan mana-mana golongan selebriti.

Berdasarkan pengalaman lalu, Juliana tidak mahu perhubungan beliau dihimpit dengan tekanan kerana tidak selesa dengan perhatian yang diterima sekiranya bercinta bersama artis.

Saya kalau boleh tidak mahu bercinta dengan golongan selebriti kerana sedar perhatian yang kami bakal terima akan memberi tekanan kepada hubungan tersebut. Hasrat saya itu juga bukanlah kerana serik kerana kegagalan cinta masa lalu tetapi saya memang ingin mencari lelaki golongan biasa sebagai teman hidup.

Walaubagaimanapun, sekiranya jodoh beliau sudah tertulis bersama artis Juliana tidak akan menolak ketentuan takdir buat dirinya. Sebenarnya, beliau bukanlah seorang yang suka untuk membicarakan soal peribadi kepada umum terutama sekali kisah percintaan beliau.

Ini hanya hasrat dan perancangan saya, tetapi segala-galanya boleh berubah dan jika itu sudah jodoh saya kena terima.

Saya sedar menjadi seorang selebriti ramai yang ingin mengetahui tentang saya termasuk hal-hal berkaitan peribadi. Pun begitu saya tidak begitu selesa kerana bimbang ia menjadi salah faham.

Pada masa yang sama, Juliana juga berharap dapat dipertemukan dengan seorang jejaka yang merendah diri dan dapat menerima beliau seadanya.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...