Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Kalau Boleh Nak Ada Teman Lelaki Tahun Ini, Janganlah Takut Dekati Saya – Dayang Nurfaizah

Nama Dayang Nurfaizah sudah tidak perlu diperkenalkan lagi bukan? Menerusi lagu Lelaki Teragung, Dayang kini bertambah popular. Agak berjaya dalam industri nyanyian, Dayang bagaimanapun masih belum mempunyai teman istimewa. Bukannya beliau tidak mahu mempunyai kekasih tetapi menurut Dayang lelaki yang tidak mahu mendekati dirinya.

Advertisement

Bila orang tanya bila nak kahwin, baru saya sedar dan terfikir mengenainya.  Saya kalau boleh nak ada teman lelaki tahun ini. Yelah siapa yang tak mahu kahwin? Umur pun dah 36 tahun ini.

Sebagai wanita, kadang-kadang tu seronok juga bila lihat orang sekeliling semua dah kahwin dan berteman, terfikir pula bila lah saya nak macam tu. Terus-terang setakat ni tiada siapa atau mana-mana lelaki yang cuba dekati saya. Saya pun pelik. Saya pinta lelaki jangan lah takut dekati saya, saya tak makan orang lah!

Walaubagaimanapun, Dayang memberitahu beliau tidak merasa tertekan apabila ditanya tentang soal teman lelaki mahupun perkahwinan, beliau juga bersyukur kerana keluarganya juga tidak memaksa dalam soal tersebut.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top