Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Kalau Bercinta Memang Bersungguh, Isteri Cukup Sempurna Di Mata Saya – Hafidz Roshdi

Baru-baru ini, hero drama Tundukkan Playboy Itu telah sah bergelar suami dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung secara sederhana. Malah, berita pernikahan beliau itu hanya diketahui selepas Hafidz mengumumkan berita gembira itu di akaun Instagramnya beberapa hari lepas.

Advertisement

Jelas Hafidz keputusan beliau untuk berkahwin dilakukan sebagai nazar beliau jika beliau berjaya mencapai apa yang beliau inginkan.

Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini. Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa saya untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT. Lagipun, sudah tiba masanya saya berkahwin selepas hampir lima tahun berkawan.

Hafidz sebenarnya seorang yang bersungguh-sungguh dalam bercinta dan serius dalam perhubungan.

Advertisement

Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.

Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka

Menurut Hafidz, isterinya Nurul Shuhada sering menyokong beliau daripada belakang baik dalam keadaan susah mahupun senang sepanjang tempoh lima tahun mereka bersama. Buat Hafidz, Shuhada cukup sempurna di mata beliau.

Pada masa yang sama, Hafidz juga memberitahu isu Shuhada yang cemburu ketika beliau bergandingan dengan Uqasha Senrose adalah tidak benar sama sekali.

Harapnya haters yang mengata pasangan ini boleh duduk diam-diam dan berhenti mengutuk isteri Hafidz Roshdi. Mungkin anda rasa Shuhada tidak cantik, tetapi bukan rupa paras yang menjadi ukuran cinta mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama