“Saya Kahwin Sebab Jodoh, Memang Dia Untuk Saya” – Miera Leyana Jawab Spekulasi Punca Penceraian Suami & Madu

Hiburan

“Saya Kahwin Sebab Jodoh, Memang Dia Untuk Saya” – Miera Leyana Jawab Spekulasi Punca Penceraian Suami & Madu

Sebelum ini, isteri pertama iaitu Adibah memaklumkan suaminya, Rosland sudah lama tidak pulang ke rumah selepas menikahi isteri kedua iaitu pelakon, Miera Leyana pada tahun 2020.

Keadaan bertambah teruk selepas Rosland mengambil keputusan mahu berpisah dengan isteri pertamanya, namun Adibah tetap ingin pertahankan perkahwinan yang sudah dibina selama 28 tahun itu.

Advertisement

Susulan itu, pihak Melodi TV3 telah menemubual Miera Leyana untuk mendapatkan penjelasannya mengenai dakwaan punca berlakunya penceraian suami dan madu.

Kata Miera, netizen tidak sepatutnya mendengar sebelah pihak sahaja kerana dia juga mempunyai ‘cerita’ sendiri serta menafikan bahawa diri punca penceraian itu.

Saya kahwin sebab jodoh. Memang dia untuk saya, jadi saya terima dengan hati terbuka.

Dalam pada itu, pelakon tersebut berkata kini dirinya sangat bahagia bersama suami serta anak-anak dan disebabkan itu, dia memilih untuk mendiamkan diri kerana mahu menjaga hati anak-anak Rosland.

Tambahannya lagi, tidak adil untuk pihak sana menggunakan namanya untuk meraih simpati ramai dan meminta untuk hentikan hal terbabit.

Miera Leyan IG Stories
12 months ago

"Kebenaran Pasti Terbukti, Jangan Nak Gila Glamour" - Miera Leyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...