Saya Juga Terkejut Diberikan Lagu Sendiri Untuk Dinyanyikan Di Peringkat Akhir – Ameng Spring

Hiburan

Saya Juga Terkejut Diberikan Lagu Sendiri Untuk Dinyanyikan Di Peringkat Akhir – Ameng Spring

Gegar Vaganza 3 minggu ini dihimpit kontroversi sekali lagi apabila ada yang mempertikaikan tindakan pihak Astro yang membenarkan Ameng Spring membawakan dua lagunya sendiri iaituBourgenvilla dan Romantis  pada peringkat akhir Gegar Vaganza 3 Ahad ini.

Advertisement

Menurut Ameng, beliau sendiri terkejut ketika diberikan lagu  berkenaan. Namun, Ameng akui kedua-dua lagu yang diterimanya  itu adalah daripada senarai lagu pilihan yang diberikan olehnya kepada pihak produksi sejak program berkenaan bermula.

Pada awal program pihak produksi minta kita senaraikan lagu yang menjadi pilihan kita, saya letak beberapa lagu termasuk beberapa lagu sendiri. Saya juga ada pilih beberapa lagu baru seperti lagu rap, tidak sangka pula lagu sendiri pula diberikan untuk peringkat akhir ini.

Ameng bagaimanapun tidak kisah jika markahnya dipotongt kerana beliau hanya ingin memberikan persembahan terbaik.

Pada tahap ini saya tidak fikir lagi menang atau kalah. Saya tidak kisah pun jika markah dipotong kerana saya sudah terima apa sahaja keputusan nanti. Apa yang saya fikirkan sekarang ialah perjalanan selepas tamatnya program ini.

Manakala, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad , pihak Astro menjalankan proses penjurian secara telus berdasarkan markah yang diberikan oleh juri. Mereka juga memberi kelonggaran jika ada peserta yang  ingin menukar lagu.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : rz.works

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...