Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar tampil menafikan dakwaan dia mahu membiarkan isterinya, Fara Salleh gantung tak bertali susulan kemelut rumah tangga mereka menjadi buah mulut orang ramai ketika ini.
Menerusi satu sesi temu bual bersama Melodi TV3, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia sedang menunggu surat dari pihak mahkamah jika benar fara ada memfailkan cerai terhadapnya.
Perkahwinan belum didaftar?
Walau bagaimanapun, pelawak itu yakin cerai itu tidak dapat dibuat kerana mendakwa perkahwinan mereka masih lagi belum didaftarkan.
Tak adalah saya nak biarkan isteri gantung tak bertali sebab kalau betul dia dah failkan cerai, saya tunggu juga surat dari mahkamah.
Cuma itulah, kalau perkahwinan kami pun belum berdaftar, macam mana nak failkan sesuatu di mahkamah.
Dalam pada itu, pelawak itu enggan membuat sebarang keputusan pada ketika ini kerana dikhuatiri boleh menyebabkan dia menyesal di kemudian hari.
Pada saya, saya tak mahu buat apa-apa keputusan sekarang sebab kalau saya buat, ketika itu mungkin saya dalam keadaan yang tak okey.
Jadi, saya taknak menyesal di kemudian hari.
Tunjuk bukti
Apabila ditanya mengenai dakwaan mengatakan dirinya tidak mengaku kandungan Fara itu miliknya, pelawak itu meminta agar segala bukti kukuh dikeluarkan jika benar dia berkata demikian.
Saya tak pernah pun keluarkan ayat isteri beban dan kawan yang beri rezeki.
Saya minta keluarkan satu bukti yang saya cakap anak itu bukan anak saya. Tak ada bukti tau, sebab itu saya diamkan saja.
Saya ini bukannya bodoh sangat. Kalau betul saya tak sayang anak, cari anak-anak saya tanya macam mana saya dengan mereka.
Di akhir temu bual, Shuk berharap agar kemelut rumah tangganya itu dapat diselesaikan dan dia bersedia dengan segala kemungkinan dan ketentuan Allah SWT.
Sudah tentu saya saya sayangkan isteri tetapi saya pun ada ‘limit’.
Kalau perkahwinan dulu gagal itu sebab saya yang gagal tapi perkahwinan yang sekarang ini, usaha itu bukannya datang dari sebelah pihak saja. Ia perlu dari kedua-dua belah pihak tapi kalau sebelah pihak saja yang berusaha tak akan jadi apa-apa.
Kita akan cuba cari jalan terbaik supaya dua-dua pihak rasa selesa. Kalau Allah kata ada jodoh lagi, adalah tapi kalau tak ada, tak adalah.
Sebelum ini, Fara mendakwa Shuk merupakan seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan sering mengutamakan rakan-rakannya.
Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.