Dua kali melakukan kesilapan lupa lirik sewaktu membuat persembahan di Gegar Vaganza 3, ada sesetengah netizen mempersoalkan keputusan juri yang tidak menyingkirkan Ameng Spring daripada pertandingan berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, Ameng sendiri merasa hairan mengapa beliau tidak tersingkir sedangkan kesilapan yang beliau lakukan itu mengundang pelbagai reaksi penonton. Ameng juga memberitahu beliau sebenarnya sudah bersedia untuk meninggalkan pentas GV3 pada minggu ke 4.
Saya sendiri pun hairan kenapa saya masih belum tersingkir walaupun sudah dua kali saya buat kesilapan lupa lirik sebelum ini.
Sebenarnya minggu ini saya sudah agak akan terkeluar kerana kesilapan lupa lirik tetapi nampaknya rezeki saya masih di sini untuk bertanding.
Ameng akui punca beliau selalu lupa lirik kerana tidak serius ketika menyanyikan lagu milik penyanyi lain.
Tambah Ameng, sejak menyertai GV 3 beliau sering merasa tertekan dan berharap akan tersingkir kerana sudah tiada hati untuk meneruskan perjuangannya dalam program tersebut.
Saya ingat lirik lagu itu tetapi mungkin kerana sikap tidak ambil berat dan ambil mudah menyebabkan saya jadi lupa. Ia bukan kesalahan orang lain sebaliknya kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri dan sebab itu saya pelik apabila masih bertahan.
Jujurnya sebelum menyertai GV3 hidup saya tenang tetapi sekarang saya sering tertekan mungkin kerana faktor usia dan tidak lagi mampu bekerja terlalu keras. Saya yakin akan melakukan kesalahan sama lagi selepas ini kerana saya tahu kemampuan saya berada di tahap mana sekarang.
Komitmen lain dan jadual padat setiap hari turut menambahkan tekanan sehingga saya berharap terkeluar kerana ingin meneruskan kehidupan.
Walaubagaimanapun, Â kini Ameng tidak akan mensia-siakan lagi peluang yang diberikan oleh juri kepada dirinya. Ameng tidak akan berputus asa dan akan cuba melakukan yang terbaik selepas ini.