“Saya Jatuh Dan Terluka Dulu, Kini…” – Nur Fazura Titip Pesanan Buat Peminat

Hiburan

“Saya Jatuh Dan Terluka Dulu, Kini…” – Nur Fazura Titip Pesanan Buat Peminat

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura menzahirkan rasa syukur apabila lagu terkininya yang bertajuk Luar Biasa menerima sambutan luar jangka daripada peminat.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Fazura yang lebih mesra disapa Faz menyatakan bahawa sebahagian lirik lagu ciptaan Ade Govinda amat dekat dengan kisah hidupnya.

Advertisement

Terima kasih untuk semua komen yang indah. Saya sangat tersentuh dengan semua komen yang indah. Sebenarnya saya sangat terkejut dengan sambutan yang memberangsangkan untuk lagu ini.

Di mana anda semula boleh relate dengan lagu Luar Biasa ini dan ia benar, dalam banyak perkataan dalam lirik ini yang dicipta oleh Ade Govinda untuk saya, dua perenggan yang macam kita akan ingatkan.

Iaitu jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa dan sejujurnya memang bangkit itu ialah luar biasa untuk saya sendiri. Sebab saya sendiri pernah berasa di mana saya jatuh sebentar dan manisnya bangkit,” katanya lagi.

Fazura turut berharap agar lagu tersebut dapat menjadi sumber kekuatan buat mereka yang sedang menghadapi ujian dan ingin bangkit semula dalam kehidupan.

Kepada anda di luar sana yang sedang melalui fasa-fasa yang di mana anda rasa macam anda sedang jatuh atau pun sedang terluka, percayalah bangkit itu luar biasa.

“Jangan lupa terus berusaha dan bersabar, tabahkan hati untuk terus bangkit okay.” ujarnya penuh semangat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ahli politik tak restu hubungan anak perempuan dengan suami orang
2025-08-02 17:57:15

Ahli Politik Tak Restu Hubungan Anak Dengan Penyanyi Nasyid Berstatus Suami Orang - "Fokus Saja Anak Bini"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...