Baru-baru ini kita ada dengar keluhan penggiat seni yang tidak puas hati dengan pihak penerbit yang memberikan wang bonus agak sedikit sedangkan filem yang dihasilkan mendapat sambutan hangat dan mencecah kutipan berpuluh juta ringgit.
Namun, buat filem Munafik 2, penerbitnya Datuk Yusof Haslam mengatakan pelakon dan kru produksi filem itu tidak risau kerana beliau menjanjikan bonus lumayan kepada mereka semua atas penghargaan untuk segala usaha serta penat lelah mereka sama-sama menjayakan filem arahan Syamsul Yusof itu.
Jangan risau, saya akan agih bonus setimpal atas usaha dan hasil kerja mereka. Saya tahu, pasukan kerja filem Munafik 2 mengerah keringat mengangkat naskhah hingga diterima di luar negara.
Saya akan buat majlis kesyukuran dan serah bonus sekembali daripada mengerjakan umrah bersama keluarga pada pertengahan bulan depan. Apa yang dapat dikatakan, jumlah yang diperuntukkan untuk bonus lebih besar berbanding dulu. Saya percaya rezeki yang dikongsi akan menambah lagi keberkatan.
Bukan itu sahaja, beliau juga akan menyalurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi dan Lombok serta membantu anak-anak yatin, asnaf dan masjid.
Menelan belanja sebanyak RM2.9 juta, Munafik 2 mencatat kejayaan luar biasa Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam dengan kutipan lebih RM 40 juta.

Akak Kantin 2.0
November 12, 2018 at 8:44 am
Maybe kutipan akan bertambah lagi sikit kot sebab dah tayang kat Astro First…Untung la team Munafik2…rezeki tidak pernah salah alamat…inshaAllah…
Wekkkkkkk
November 12, 2018 at 8:20 am
Kihkih..ada org curi tagline aku. Tapi “k” bukan tujuh. Dan logo bukan coklat. Klau logo coklat itu adalah wekk original.
Jdi jgn anggap wekk original taip.
Kejarlh wekk original dlm blog ini. Upahlah semua detective..termasuk pets detective mencari yg ori..x kn dpt.
Sebb satu bangsat telah membangsatkn org lain.
Anonymous
November 12, 2018 at 7:08 am
Wow……wow……pengkomen semua ka atas tu org yg sama, boleh teka sape, org yg hidup jiwa lara, kerja siang mlm bergosip di BN, lama jadi JAGA a.k.a guard ka sini
Anonymous
November 12, 2018 at 1:05 am
Nk kena menggelabah ke ni?!