Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom tampil membuat kenyataan berbentuk video semalam bagi menjawab tuduhan bekas isterinya yang mendakwa dia mengabaikan nafkah anak mereka.
Sam juga memaklumkan di awal video bahawa dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa namun hanya ingin membersihkan namanya dan keluarga.
View this post on Instagram
Sam sebelum ini ada membuat permohonan untuk meminda jumlah nafkah anak yang patut diberi pada setiap bulan kerana terlalu tinggi.
Saya tak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan tak pernah mengabaikan nafkah anak walaupun sebulan.
Saya siap bayar lebih dan menjaga Maleeq selama dua minggu, bergilir dengan Aida dalam setiap bulan.
Jelasnya lagi, dia sudah membentangkan semua bukti tentang ketidakmampuannya membayar nafkah yang terlalu tinggi itu di mahkamah.
Dia juga mempunyai punca pendapatan yang terhad gara-gara musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tetap menjaga Maleeq selama dua minggu tanpa gagal dan nafkah tetap dibayar setiap bulan.
View this post on Instagram
Dia minta RM1,300 untuk sebulan dan saya mohon pindaan nafkah ini pada dua tahun lalu. Penjagaan Maleeq adalah sama rata, saya dua minggu dan Aida pun dua minggu dalam masa sebulan.
Kos saya menjaga Maleeq selama dua minggu lebih kurang RM250, kenapa dia jaga sampai RM1,300?
Kata Sam lagi, dia mendakwa bekas isterinya meninggalkan anak mereka di kampung dan membiarkan nenek untuk menjaga namun tertanya-tanya mengapa Aida tetap meminta nafkah anak mereka dengan jumlah yang begitu tinggi.
Sekadar info, Sam telah mendirikan rumah tangga bersama Aida yang juga seorang penerbit rancangan pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.