Pelakon, Tasha Shilla dan suami diundangkan ke bual bicara Wanita Harini di TV3 untuk berkongsi cerita dan membincangkan topik berkaitan dengan Seksa Berpantang Demi Siapa? bersama penonton.
Menerusi bual bicara secara virtual itu, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Shiela Abdul Razak berkongsikan cerita sepanjang tempoh berpantang sejak bergelar ibu pada 3 bulan yang lalu.
Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.
Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif itu masih ada walaupu dah bersalin, sikit-sikit rasa nak nangis.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama juga, Tasha mengungkapkan dia berasa amat gembira dan seronok sepanjang fasa kehamilannya hingga menjadi seorang ibu.
Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.
Tambahnya lagi, dia turut rasa bersyukur kerana mempunya seorang suami yang banyak membantu dari segi menguruskan bayi dan Tasha, serta berkata sepanjang perjalanan menjadi seorang ibu jadi seronok kerana suaminya memang memainkan peranan seorang suami.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagaia kandungan menarik.