Pelakon dan pelawak, Sharifah Sakinah mengakui hidupnya lebih bermakna setelah berpisah dengan bekas suami, Michael Hansen pada hujung tahun lalu.
Kata Sakinah, dia kini lebih tenang dan berada dalam keadaan baik sahaja selain mengetahui bahawa ramai yang risaukan dirinya apatah lagi di saat dia membotakkan kepala.
Saya jumpa ketenangan saya. Saya tahu ramai yang risaukan saya tapi terutamanya ketika saya botakkan kepala.
Kini saya tenang..’full of content’ penuh dengan rasa sayang dan lebih menyayangi anak saya.
Dalam pada itu, Sakinah mengakui dirinya tidak selalu positif kerana perkara yang tidak baik membuatkan dirinya kuat.
Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu juga menjelaskan bahawa dia tidak dapat meneruskan hubungan bersama Michael kerana komitmen dengan anak-anak.
Dia tak boleh pindah Malaysia dan saya cuba ikut dia berpindah ke sana tapi saya tak boleh kerana ada anxiety. Saya tak boleh tinggalkan anak saya.
Jadi saya dah korbankan anak saya tapi nampaknya tak berjaya kerana saya perlukan anak saya bersama.
Mengimbas kembali, Sakinah dan Michael telah mengumumkan bahawa mereka telah bersama pada Februari 2021 namun berpisah pada penghujung tahun 2022.