Baru-baru ini, netizen memberi pujian kepada seorang lelaki kerana tindakan beraninya dalam menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang hampir diculik oleh seorang lelaki yang mengalami masalah psikiatri di Pasir Gudang, Johor.
Difahamkan daripada laporan MStar, penculik itu mengajak kanak-kanak tersebut untuk menumpang motosikalnya untuk dihantar pulang ke rumah.
Mohd Zuwairi yang merupakan saksi kebetulan pada waktu itu sedang melalui kawasan berkenaan untuk mengambil telefon yang telah dibaiki di kedai merasa curiga melihat mangsa didukung sambil menangis.
Saya tanya lelaki tersebut ini anak siapa? Tapi dia tak dapat jawab.
Justeru, dia serta seorang lagi saksi bertindak untuk menegur penculik tersebut dan menyelamat mangsa daripada diculik.
Sekadar info, kejadian kanak-kanak berumur 7 tahun berkenaan hampir diculik itu berlaku di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: