“Saya Ingin Beri Semangat Kepada Mereka Yang Senasib” – Dituduh Pura-Pura Sakit, Elyana Tampil Bersuara

Hiburan

“Saya Ingin Beri Semangat Kepada Mereka Yang Senasib” – Dituduh Pura-Pura Sakit, Elyana Tampil Bersuara

Susulan perkongsian di Instagram, baru-baru ini, yang memaparkan dirinya sedang menjalani kimoterapi, tuan badan iaitu penyanyi, Elyana akhirnya tampil bersuara.

Syukur suami beri sokongan, masih boleh jalani kehidupan harian

Menurut Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata gambar terbabit merupakan foto yang diambil beberapa bulan lalu dan mendedahkan dirinya hingga kini masih menjalani rawatan kimoterapi bagi melawan sakit kanser.

Advertisement

Penyanyi berkenaan turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya memberi sokongan penuh dan bersyukur kerana biarpun menjalani rawatan kimoterapi, tetapi dirinya mampu menjalani kehidupan harian seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Saya ini nampak macam ‘Power Rangers’ di luar, tetapi sampai di rumah memang lembik (lemah). Itulah ‘real life’ saya, kadang-kadang sedih apabila orang cakap saya pura-pura sakit hendakkan perhatian.

Nafi dakwaan pura-pura sakit semula

Dalam pada masa yang sama, pelantun lagu Kalis Rindu itu sempat menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya pura-pura sakit.

Apa keuntungan saya dapat kalau tipu. Saya ingin berikan semangat kepada mereka (yang senasib) supaya apabila mereka nampak saya mungkin mereka akan lebih semangat untuk berjuang.

Hantaran Elyana sebelum ini telah menarik perhatian ramai dan netizen persoalkan tahap kesihatannya, memandangkan penyanyi terbabit pernah memaklumkan sudah bebas kanser.

elyana tiada rambut
2025-07-27 09:19:54

Muat Naik Foto Tiada Rambut, Netizen Risau Keadaan Kesihatan Elyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...