“Saya Ingatkan Sepupu Dia Punya” – Dr Afifah Tak Tahu Nubhan Ada Rumah Di Dengkil

Trending

“Saya Ingatkan Sepupu Dia Punya” – Dr Afifah Tak Tahu Nubhan Ada Rumah Di Dengkil

Isteri kepada penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad, iaitu Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof, mendedahkan bahawa beliau tidak mengetahui tentang kewujudan rumah milik suaminya di Southville, Dengkil, Selangor, yang menjadi faktor utama kes pengesahan lafaz cerai mereka difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Perkara itu dimaklumkan semasa prosiding pengesahan lafaz cerai yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi pada Khamis.

Advertisement

Isteri Nubhan

Menurut keterangan di mahkamah, Nubhan memiliki sebuah rumah di kawasan Southville yang terletak dalam mukim Sepang, sekali gus memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah Sepang untuk mendengar kes berkenaan.

Bagaimanapun, Dr. Afifah menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengetahui rumah itu milik suaminya, sebaliknya menyangka ia kediaman sepupu Nubhan.

“Saya tidak tahu pun rumah itu milik kami. Saya ingatkan rumah sepupu dia,” katanya ringkas ketika ditemui selepas prosiding selesai.

Difahamkan, sepanjang 10 tahun perkahwinan, Dr. Afifah tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah berkenaan.

Kes pengesahan lafaz cerai tersebut difailkan oleh Nubhan bagi mengesahkan dua lafaz talak terhadap isterinya, termasuk lafaz kedua yang didakwa berlaku pada 26 Ogos lalu.

Hakim Syarie kemudiannya menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh keputusan selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak serta peguam syarie masing-masing.

Dalam pada itu, Dr. Afifah yang kelihatan tenang ketika ditemui media berkata setiap rumah tangga tidak terlepas daripada ujian, namun menegaskan dia masih menyayangi keluarganya.

Biasalah dalam rumah tangga ada pasang surut, tetapi saya masih sayang keluarga saya.

Beliau turut menafikan wujudnya orang ketiga sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isteri Nubhan
2025-10-16 15:36:37

"Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya" - Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...