“Saya Ingat Orang Malaysia Dah ‘Educate’?” – Waheeda Bersuara Isu Tak Pakai Telekung Ketika Solat

Hiburan

“Saya Ingat Orang Malaysia Dah ‘Educate’?” – Waheeda Bersuara Isu Tak Pakai Telekung Ketika Solat

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda kembali menjadi perhatian apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ttyl.podcast, Waheeda dilihat memberi penjelasan panjang lebar berhubung kekeliruan masyarakat terhadap hukum pemakaian ketika solat. Menurutnya, dia menyangka masyarakat di Malaysia sudah cukup terdidik dalam perkara asas agama, namun masih ramai yang cepat menghukum tanpa menyemak fakta terlebih dahulu.

Advertisement

Dengan nada sedikit sinis, Waheeda mengakui dirinya “alergik dengan kebodohan”, namun menegaskan ia bukan bertujuan menghina sesiapa, sebaliknya sebagai teguran supaya orang ramai menuntut ilmu sebelum mengeluarkan pandangan.

Beliau mempersoalkan mengapa isu telekung terus diperdebatkan, sedangkan menurutnya, hukum menutup aurat di luar solat dan ketika solat adalah sama. Tambahnya lagi, telekung merupakan budaya Nusantara dan bukan satu kewajipan khusus yang menentukan sah atau tidaknya solat.

Waheeda turut berkongsi pengalaman ketika menunaikan umrah. Katanya, di masjid-masjid di Tanah Arab, wanita Arab tidak memakai telekung seperti kebiasaan di Malaysia dan perkara itu tidak pula menjadi isu atau dipertikaikan.

Dalam kenyataan sama, Waheeda turut menyebut nama Siti Nurhaliza dan meluahkan rasa kasihan terhadap Biduanita Negara itu yang sering menjadi sasaran kecaman berkaitan pemakaian ketika solat.

“Dalam Malaysia ni bersepah dah perempuan tak pakai telekung kalau solat, kenapa Siti juga yang jadi isu?” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aza
2026-03-03 12:04:17

Pelakon Wanita Dan Suami Tipu Lelaki RM1.5 Juta Soal Jual Beli Tanah Di Selangor, Netizen Mula 'Petik Nama'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Podcast

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...