Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Ikut Mana Yang Terbaik Buat Farid, Harap Semuanya Kembali Pulih – Diana Danielle

Pelakon Datin Diana Danielle meyambut baik perancangan keluarga Datuk Farid Kamil yang mahu aktor itu menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh termasuk juga tahap kesihatan mentalnya. Diana mahukan yang terbaik buat suami tercinta dan berharap agar semuanya kembali pulih.

Advertisement

Terima kasih atas sokongan semua pihak. Apa yang jadi ini ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa. Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi. Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar.

Walaupun ada beberapa pihak menganggap apa yang berlaku akan menjejaskan karier mereka sekeluarga, Diana bagaimanapun menafikan perkara itu dan masih lagi bekerja seperti biasa.

Saya sudah terikat dengan kontrak, jadi perlu memberikan sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga. Kerja akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar.

Kami mendoakan agar segala perancangan mereka untuk memastikan Farid kembali sihat seperti dahulu berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. Tk

    January 17, 2018 at 9:56 pm

    Harap maaf. Komen kes FK tiada lagi dalam perkhimatan sila dial ……., , krik krik krik.

  2. Anonymous

    January 17, 2018 at 7:52 pm

    Tak apalah dato FK. Kalau Sultan minta balik pingat Dato’ pun, rezeki tu pinjaman sekejap. Allah sudah janji, dalam kesusahan ada kesenangan. Maknanya datang bersama-sama.

    Saya doakan semoga kesilapan dan memori pahit ini. Akan membawa kepada muhasabah diri, keinsafan dan perkara baik nanti.

    Amin

  3. Lol

    January 17, 2018 at 6:55 pm

    Hai mmg patut sgt artis semua diberi gelaran dato. Patut bg dato seri. Lg terhormat. Very respectful for the respectful ppl. Hahaha malaysia2. Kesian datin tgk dato dlm lokap. Tula tak pyah byr mahal2 utk gelaran yg takde value. Rugi je buat malu lg ada

  4. Tk

    January 17, 2018 at 6:17 pm

    bior la FK rehat untuk tenangkan hati dan fikiran. Nara pun tutup kes ni. Leave them alone. Bior pengkomen guna idea yg membuak2 tu untuk menghasilkan novel lain pulak ya?

  5. Spy Retis

    January 17, 2018 at 4:23 pm

    Aku dah mula bosan dgn kes ni.,

    • Anonymous

      January 17, 2018 at 4:37 pm

      Apa boleh buat anak datuk dia pun datuk…. senang terlepas tuduhan …. retis lagi mesti pamdai berlakun… bini datin masih muda nanti dpt baru terpaksa bawa luarnegara bersalin lagi

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama