Pelakon Datin Diana Danielle meyambut baik perancangan keluarga Datuk Farid Kamil yang mahu aktor itu menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh termasuk juga tahap kesihatan mentalnya. Diana mahukan yang terbaik buat suami tercinta dan berharap agar semuanya kembali pulih.
Terima kasih atas sokongan semua pihak. Apa yang jadi ini ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa. Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi. Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar.
Walaupun ada beberapa pihak menganggap apa yang berlaku akan menjejaskan karier mereka sekeluarga, Diana bagaimanapun menafikan perkara itu dan masih lagi bekerja seperti biasa.
Saya sudah terikat dengan kontrak, jadi perlu memberikan sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga. Kerja akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar.
Kami mendoakan agar segala perancangan mereka untuk memastikan Farid kembali sihat seperti dahulu berjalan dengan lancar.