Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella sebelum ini memberitahu beliau sudah menganggap Erra Fazira seperti kakaknya. Tidak dinafikan, hubungan mereka berdua ini sering mendapat perhatian ramai.
Terbaru, Erra pula mengakui beliau ikhlas bersahabat dengan Bella dan menerima kehadiran aktres itu sebagai ibu Aleesya dengan baik. Tiada sebab untuk mereka berdua bermusuhan.
Saya seikhlasnya menjalinkan persahabatan Laudya malah saya tidak pernah rasa kekok apabila bersamanya. Dia bukan berasal dari Malaysia dan saya letakkan diri saya ditempatnya. Kalau saya tinggal di Indonesia pun saya juga harapkan orang terima saya dengan baik. Saya juga ikhlas menerimanya sebagai ibu kepada Alesya dan perlu menjaga silaturahim demi matlamat menjaga dan mendidik anak kami.
Dalam pada itu , Erra juga menjelaskan beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas suaminya, Engku Emran dan merasa gembira serta syukur kerana beliau sudah bertemu dengan wanita yang sesuai buat dirinya dan dapat menerima anak mereka dengan baik.
Saya tiada masalah dengannya malah kami berpisah secara baik. Saya sering doakan dia bertemu dengan seseorang yang baik selain dapat menyayangi anak kami seadanya dan Alhamdulillah sekarang sudah ada.
Harapnya silaturahim yang terjalin antara Erra, Bella dan Engku Emran akan kekal baik begini sehingga ke akhir hayat. InshaAllah. Mereka adalah contoh terbaik buat masyrakat di luar sana kan?