Perubahan imej yang ditampilkan oleh penyanyi hip-hop yang dikenali di peringkat antarabangsa, Mizz Nina mengejutkan banyak pihak. Kalau dulu dia dikenali dengan imej lincah dan seksi, sejak kembali dari menunaikan haji di Makkah sebulan lepas, Mizz Nina telah tampil dengan imej bertudung dan lebih sopan.
Menurut Mizz Nina kepada MalaysianDigest, dia sememangnya sedang membuat perubahan dalam hidupnya dari segi hala tuju, walau masih mengekalkan nyanyian sebagai karier.
Alhamdulillah selepas pulang dari menunaikan haji, kehidupan saya berjalan seperti biasa dan tiada banyak perubahan. Saya bertambah gembira dan bahagia. Peluang dapat mengerjakan haji dengan suami adalah ibarat seperti satu pengalaman temujanji paling indah dalam hidup saya.
Saya juga boleh katakan yang saya adalah Mizz Nina yang baru. Tapi imej berhijab tak menyekat saya untuk teruskan karier nyanyian cuma hala tuju saya dah berubah. Lagu-lagu yang saya nyanyikan akan lebih matang dan dari segi persembahan saya juga berbeza dan sesuai dengan imej saya sekarang.
Dalam masa terdekat ni saya akan membuat persembahan pentas. Saya akan buat bila saya dah betul-betul bersedia. Dan saya rasa kalau sebelum ni saya pernah berkolaborasi dengan beberapa artis luarnegara, saya rasa mungkin tidak ada lagi projek seperti itu
Menurut Mizz Nina juga, dia tidak kisah jika video atau lagunya semasa masih dengan imej lama dimainkan oleh mana-mana pihak kerana itu diluar kawalannya
Saya masih perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan imej sekarang. Pada saya yang lepas tu biar lah lepas. Andai kata kalau gambar atau muzik video saya yang dahulu di keluarkan atau dimainkan semula, saya tidak kisah. Kerana semua itu bukan atas kawalan saya. Pada saya apa yang berlalu biarlah ia berlalu.
Kami bersetuju dengan Mizz Nina. Perkara lepas biarlah lepas dan semoga Mizz Nina dengan imej baru akan lebih sukses. Ternyata imej menutup aurat bukan merupakan halangan untuk berjaya dalam seni nyanyian seperti yang telah dibuktikan oleh Yuna sebelum ini. Bersama kita doakan.
P.S:BestBuy-World kembali lagi. Kini dengan lebih banyak barangan baru dengan tawaran yang semakin menarik. Memang murah dan semuanya berjenama. Original lagi tu. Dan dapatkan 500 mata ganjaran semasa mendaftar. Jom berjimat dengan melayari http://my.bestbuy-world.com/Â atau FB BestBuyWorldMalaysia
tahinah mizz nina…semoga Allah s.w.t memberkati mu…amin..
Jawapan yg sangat matang. Berbeza dgn jawapan artis murahan lain. Like 1000x!
Semoga istiqamah.
awak cantik mizznina..
semoga hidup anda lebih diberkati dan dilindungi Allah..
jawapan yang matang ^^
setuju dengan Cik Nin. Jawapan Mizz Nina sangat matang. Tak ramai artis yang pandai jawab soalan dari reporter. HAHAHA.
cara pcakapan pun makin matang :)
tapi baju tak payah nak pelik sgt bule?????
biar pelik asal menutup aurat… jangan pakai yg tak bape pelik.. tapi kulit semedang ditelanjangkan
Semoga kehidupan Mizz Nina lebih diberkati selepas penghijrahan ini. Amin.
Gembira utk Mizz Nina dan suami.
:D
Macam tak percaya je kalau nak dibandingkan mizz nina yg dulu dgn sekarang.Kalau Tuhan nak bagi hidayah tu sekejap je.
Aku menunggu bila giliran sazzy falak pulak.kikiki
giliran kau taknak tggu??
Alhamdulillah & tahniah buat Mizz Nina..Yg lain tu dok jgn ikut..yg lain tu semuanya KAMJAT MUSIBAT
Wow..
Terkejut..
Sekejap je Allah tukar keperibadian seseorang..
Jgn komen pasal tudung berfesyen sebab saya jugak bermula dgn fesyen, tapi kelaman alhamdullilah sekarang lebih suka tudung bawal biasa..hihihi
Apa2 pun congrate mizz nina, gud job dear..
Slowly k..
Jgn kita mengharap org berubah 100% dlm sehari..
In shaa Allah manatau satu hari nanti anda berkoberasi dgn maher zain..
JANGAN KUTUK MIZZ NINA !!!
KANG WAA KASIK SENGATT !!
haha~ btw.. alhamdullillah.. :)
Syukur alhamdulillah semoga akan terus istiqamah, sesungguhnya hidayah dari Allah itu indah
Alhamdulillah… semoga artis liza abdullah, salwa, khatijah ibrahim, erra, k.e, rcw dll. pun mendapt hidayah yy sama.. dah senja2 dh mereka..
x lupa juga nd, raja azmi, fs
rombau..ad satu lagi..seniwati mariani….dh tua2 kadang tu ngan topi besar mcm nk g berkebun n pakai anting2 lip lap lip lap…jujur aku cakap..bukan makin cantik..makin mengerunkan kalau tengok muka dia ni adalah…
Pandai Noh didik isteri..tak sia-sia miz nina pilih noh sebagai suami..ye la dosa isteri suami yang tanggung jika tidak ditegur..perubahan drastik miz nina tidak disangka maklumla tuan punye bdn anak jutawan yg terkenal dgn imej urbannye..ckp melayu pun jarang2 cm yg kite sume tahu..speaking je slalu n nyanyi lagu pun lagu2 mat saleh ntah sepatah haram aku tak faham..hehe..dulu aku tak mengikuti mane perkembangan die tp since die dah bertudung ni aku jd minat plak nk follow die..aku tumpang gembire tgk artis yang tak disangka2 bleh berhijrah..cm diana amir n irma hasmie dulu pun seksi n jahil tp tgk skrg cmne, alhamdulilah perubahan positif n sejuk mate memandang..buat artis2 yg blum berhijrah 2 akan sampai jugak masenye..tak perlu r kite nak komen2 buruk psl dorg dgn care tidak sopan n menghine dorg..sampai masenye,silap2 dorang lebih islam dari kite..tahniah noh n miz nina..bile lagi giliran farid kamil, awal ashaari, jejai n shuib sepah nak didik isteri..isteri tak tutup aurat saham tu sebagai suami tak tegur..contohi la noh, norman hakim n apek..
caya la mizz nina…x sangka kan retis y dlu seksi n terkinja2 d pentas leh berubah mcm ni…mcm x sangka plk…moga2 pas ni mizz nina d kurniakan rezeki ( anak )…pd retis y masih togel lagi tu x malu ke ngan mizz nina ni..kalau x malu ngan mizz nina malu le ngan ALLAH…
Alhamdulillah.
Lepas ni, aku doakan perubahan besar jugak utk Nina. Semoga perut membesar berisi anak! Insyallah. Amin.
Alhamdulillah… sekurang-kurangnya dia segera berubah seusai mengerjakan haji.
Ada artis lain tu, janji nak pakai tudung lepas pergi haji, balik haji tak pakai jugak…pakai tudung sekerat nampak jambul. Katanya tak sampai ‘seru’ lagi. Dah bertahun baru lah sampai serunya… Itulah…kita jgn menilai hati seseorang hanya dari penampilan sahaja.
dalam mase memuji mizz nina, anda sedang mengumpat yang seorang lg..
kata2 kita cerminan diri kita sendiri.. kite suka org berubah kepada kebaikan, tp kenapa kita x pernah nk ubah kata2 kita?
antara empat baris…hanya baris pertama dan baris keempat saje yg boleh pakai..
lain kali nak komen susun ayat betul2…
ayat kedua kau tu terang2 kau menilai org dari segi penampilan…
klu belum smpi ‘seru’ nak nasihat org…relax dulu k…
jiwa dah tenang akal dah waras baru bg nasihat…
pd retis y d ambang sore y lain tu bila nk berubah….sheila majid…ziana zain…erra..n pd cik ta tu…adk2 dia semua dh pakai tudung..dia kakak tpi masih togel lagi….n x lupa pd seniwati mariani…
Berani untuk berubah!.. Aminn..
nora danish bile lagi nak bertudung n berhijrah??please bertudung nora, jgn dlm drama n filem je bertudung..
Kalau aku jadi artis kat malaysia ni, jadi malu seribu kali malu ngn statement mizz nina ni tao! Mizz nina ni lagi kaya and havoc dulu. Siap pergi luar negara featuring artis mcm2. Laku habis dia.
Artis kat malaysia ni ape hade? Nk buat album pun x laku. Seksi sane sini je yg lebih. Ingat sexy tu boleh menambah rezeki ke? Lagi nk terbelah sane sini. Nk terjojol lagi ada.
Malu la sikit artis malaysia. Nama islam, tolong la perwatakan mcm islam.
Allah tak tarik pun rezeki awak kalau awk bertudung.
Tolong la malu sikit..
Allah sayang awak, kenapa la awk bangga2 dengan badan tu. Tak kemana pun.
Inilah berkat doa-doa orang yang mahu mendoakan~ Alhamdulillah.
respect mizz nina walaupun anak seorg billionare tp xla mcm retis2 ppuan kt msia ni suka menunujuk2..1 trend artis msia ni aku tgk berebut2 duk tayang handbag..mizz nina seorg yg humble jer…klu kira fesyen die dulu xla seksi mna xla pkai skirt sesingkat yg boleh,xla nmpk lurah dendam sgt..artis lain sumenya poyo..harap buru lelaki kaya utk hidup senang.
thumbs up for you mizznina…
pegi haji sekali jer terus dapat hidayah…
ada orang penah cakap kat aku dulu.manusia ni tabiat dia akan berubah sampai umo 30 taun..lepas dia umo 30 taun dia tak berubah jugak memang tak berubah laa sampai ketua. contoh kalo pemalas solat dah umo 30 taun malas gak solat sampai tua pun malas solat camtu gak kalo nak bertudung ni.. artis dah lepas umo 30 taun tak betudung sampai ketua lah jugak. tak payah artis laa. tengok jelah bini2 pemimpin negara kita.. takpun segelintir pemaisuri2 dalam sesetengah negeri ni.
tu kata org…
tapi selagi kita hidup kita masih ade peluang utk berubah…cumanya kita xtahu sampai bile kita hidup.. pelakon2 yg skang dah jadi makcik2 mcm fadilah mansor, lydiawati, kebanyakan mereka baru berhijrah selepas 30an… tak payah pertikaikan apa2, jgn mengata apa2…kita harap je la mereka sempat berubah…
tak jugak…contohnya makcik saya umur dekat 50 tahun baru nk pakai tudung…
tahniah noh n mizz nina kerana anda brdua menuju kearah kebaikan
semoga Allah memberkati kalian berdua
both of u are look nice n adorable tgether :)
**colby: so whats your name ? hey baby whats your name ohyeah….
MN: sexy my name hey sexy my name…lalalalala
Alhamdulillah…
Saya sangat malu dan kagum pd mizz nina…seorang artis yang dilihat sgt kebaratan dr segi imej dan lagu2nya 1 ketika dahulu menjadi tetamu Allah dan mendapat hidayah n kasih sayang Allah dalam sekelip mata…subhanallah…semoga Allah merahmatimu, memberimu rezeki dr sumber yg halal n ditetapkan iman di jalan yg benar lg lurus sehingga akhir hayat…ameenn…
alhamdullilah. semoga allah merahmatimu..
Syukur alhamdullilah,dari seorang artis yg urban, sosial & seksi, Mizz Nina diberi hidayah menjadi seorg isteri yg muslimah, pujian patut diberikan kepada Noh kerana berjaya mendidik Mizz Nina.. InsyAllah semoga jodoh berkekalan & sentiasa diberi keberkatan…
Maha Agong Allah yang maha pemurah dan pengasih. Diberikan hidayah kepada yang dikehendakinya. Artis yang dulunya kategori urban dan seksi telah dipilih oleh Allah untuk mengerjakan ibadah haji dan secara perlahan-lahan berubah. Allah huakbar, maha Agong Allah, semoga miz nina istikomah.
Yesss! Betul. Jawapan yang sangat matang. Saya sokong anda. Perubahan perlu secara wasatiyah. Walaupun saya tak minat atau peduli tentang muzik anda tetapi u got my respect!
alhamdulillah syukur. tp miss nina mmg seorang yg merendah diri pun kan sebelum ni. walaupun kaya tak hengat,tp tak brlagak pun. noh mmg tak salah pilih isteri. berkat pekerti miss nina yg baik..allah buka hati tunjuk jln. smoga istiqomah & penghijrahan semakin baik dari hari ke hari.aku & kita semua pun sama. aminnn
hehh YUNA BILA LAGI?
Tengah tunggu bini najib pulak bila nak pakai tudung ?? Die tue tak malu ke dh tua2 pakai cmtue ~ G kubur , majlis agama pakai selendang nmpak jambul die tue .. ish2 Mizz nina terbaik !!!!!
sy tunggu isteri mat yo pakai tudung lak…
cakap berilmu tentu matang.
lovely!
alhamdulillah…
cuma cara pemakaian tudung tu, betulkan sikit ya… :-)
*tudung untuk menutupi perhiasanmu (aurat), bukan sebagai perhiasan yg menutupi auratmu*
farid kamil, suh r diana danielle pkai tudung..bkn suh dedah kopek kat intagram pg2..tersembol nasi lemak 50 sen pg2..isteri org lain duk tayang tudung kat instagram, bini ko plak duk tayang kopek kat instagram..tak tahu malu btl..sebagai suami, didik la bkn makin bangge istri dedah aurat n tunggu pujian kononnye pndai wife jage bdn lps bersalin..
i like mizznina… harap dpt teruskan imej sebegini.. mmg da npk perubahan pd diri dia… Alhamdulillah :D
alhamdulillah. kamu sgt stylo dan cantik.
lepas ni jgn terima lagi show “arthur” lagi ye… yg lepas tu lepas la….good job…