Penyanyi Hael Husaini memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan kononnya dia telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Dayang Nurfaizah pada Disember lalu.
Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi berkata demikian ketika ditemui media, sambil memohon maaf kerana telah berjanji dengan penganjur untuk hanya memberi kenyataan berkaitan produk serta majlis yang dihadirinya.
“Saya hormat dengan soalan anda tapi hari ini saya dah berjanji dengan Datuk Nana, hanya akan fokus pasal Amber saja.”
“Sekali lagi saya mohon maaf,” katanya kepada Gempak.
Hael ditemui media ketika menghadiri Majlis Pertunjukkan Fesyen Amber Eid’S Times For Love yang berlangsung baru-baru ini.
Terdahulu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen mendakwa Hael dan Dayang telah selamat melangsungkan pernikahan pada Disember lalu. Malah, pasangan penyanyi itu juga pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah mengikat tali pertunangan pada awal tahun lalu, namun Hael sebelum ini menafikan dakwaan berkenaan.
Setakat ini, kedua-dua selebriti tersebut masih memilih untuk tidak memberikan sebarang pengesahan rasmi mengenai status hubungan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
