“Saya Hilang Pertimbangan Dan Lakukan Perkara Bukan-Bukan” – Aliff Aziz

Hiburan

“Saya Hilang Pertimbangan Dan Lakukan Perkara Bukan-Bukan” – Aliff Aziz

Nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pernah terpalit kontroversi hebat hingga menjadi sasaran kecaman umum, namun di sebalik ujian itu, Aliff tetap memilih untuk bersyukur dan melihat setiap dugaan sebagai aturan daripada Allah.

Lelaki berstatus bapa tunggal itu mengakui pernah hampir terduduk akibat kekhilafan sendiri, namun kini belajar menerima takdir dengan hati terbuka dan berusaha memulakan lembaran hidup yang baru.

Advertisement

Syukur, saya menjalani hidup dengan baik. Apa sahaja lalui, adakalanya kita berasakan seperti sudah tiada jalan keluar. Dunia rasa gelap dan kita sering bertanya kepada Allah kerana sesuatu perkara itu terjadi kepada kita.

Begitulah roda kehidupan. Mungkin inilah masa untuk saya bersangka baik agar kehidupan lebih cerah pada masa hadapan.

Pertengahan tahun lalu Aliff berdepan kontroversi rumah tangga bersama bekas isteri, Bella Astillah, selain menggemparkan ramai apabila terlibat dalam kes khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Menurut Aliff, kekuatan sebenar untuk keluar daripada fasa kelam hanya hadir apabila seseorang kembali kepada Allah.

Kehidupan ini penuh warna. Semua orang akan diuji sama ada dengan kelakuan sendiri atau sikap mendatang… Adakah ujian buat kita putus asa?

Saya pernah lalui fasa itu dahulu. Sangat gelap, saya hilang pertimbangan diri dan lakukan hal bukan-bukan. Alhamdulillah, saya masih di sini, sihat dan waras. Apa yang saya pelajari adalah hidup harus diteruskan.

Bagi menjaga kestabilan emosi, Aliff memilih untuk tidak membaca komen negatif di media sosial dan hanya memberi fokus kepada perkara positif.

Dengan pendekatan lebih matang dan hati yang semakin tenang, Aliff kini melangkah ke hadapan, meninggalkan masa lalu sebagai lipatan sejarah, dan membuka buku baharu dalam hidupnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

erra fazira engku emran
2025-11-18 10:14:24

"Kami Cuba Yang Terbaik.." Engku Aleesya Terbit Buku Pertama, Peminat Puji Cara 'Co-Parenting' Erra Fazira Dan Engku Emran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...