“Saya Hilang 4 Kilogram” – Tak Sempat Makan Sebab Jadual Padat Punca Jung Ho-yeon Cengkung

Hiburan

“Saya Hilang 4 Kilogram” – Tak Sempat Makan Sebab Jadual Padat Punca Jung Ho-yeon Cengkung

Penampilan pelakon wanita dari Korea Selatan, Jung Ho-yeon baru-baru ini mengejutkan ramai selepas dia dilihat kurus dan cengkung sehingga menampakkan tulang di bahagian dada.

Baca: “Makanlah Sesuatu” – Peminat Risau Tengok Jung Hoyeon Makin Cengkung

Advertisement

Tampil memberi respon, model berusia 27 tahun itu mengakui jadualnya yang semakin sibuk dan padat itu menyebabkannya kadangkala terlepas waktu makan, lapor SBS News.

Malah menurut Ho-yeon dia telah hilang sehingga 4 kilogram sejak kembali ke Amerika Syarikat selepas tamat penggambaran Squid Game.

Semua pakaian lama yang saya pernah pakai ketika kali pertama tiba di Amerika Syarikat kini longgar.”

Menurut The Hollywood Reporter, Ho-yeon yang masih sukar untuk percaya dengan kejayaan drama Squid Game itu berkata dia tidak makan bukan disebabkan stress tetapi kerana terlalu sibuk dan membuatkannya kurang makan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : SBS News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...