Penampilan pelakon wanita dari Korea Selatan, Jung Ho-yeon baru-baru ini mengejutkan ramai selepas dia dilihat kurus dan cengkung sehingga menampakkan tulang di bahagian dada.
Baca: “Makanlah Sesuatu” – Peminat Risau Tengok Jung Hoyeon Makin Cengkung
Tampil memberi respon, model berusia 27 tahun itu mengakui jadualnya yang semakin sibuk dan padat itu menyebabkannya kadangkala terlepas waktu makan, lapor SBS News.
House ambassador Ho-Yeon Jung attended the 10th annual @LACMA Art+Film gala in Los Angeles. She wore a #LouisVuitton silk gown by @TWNGhesquiere. pic.twitter.com/wQystHEciE
— Louis Vuitton (@LouisVuitton) November 8, 2021
Malah menurut Ho-yeon dia telah hilang sehingga 4 kilogram sejak kembali ke Amerika Syarikat selepas tamat penggambaran Squid Game.
Semua pakaian lama yang saya pernah pakai ketika kali pertama tiba di Amerika Syarikat kini longgar.”
Menurut The Hollywood Reporter, Ho-yeon yang masih sukar untuk percaya dengan kejayaan drama Squid Game itu berkata dia tidak makan bukan disebabkan stress tetapi kerana terlalu sibuk dan membuatkannya kurang makan.