“Saya Harus Keluar Dari Zon Selesa” – Nadhir Nasar Ceburi Bidang Pengacaraan

Hiburan

“Saya Harus Keluar Dari Zon Selesa” – Nadhir Nasar Ceburi Bidang Pengacaraan

Pelakon Nadhir Nasar mengakui perasaannya agak bercampur baur saat diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai pengacara bagi program, Hero Remaja 2021 bersama gandingan Shaza Bae.

Nadhir Nasar
3 years ago

Kini Jadi Kegilaan, Nadhir Nasar Disangka Adik Kepada Beto Kusyairy

Advertisement

Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar berkata sebagai pendatang baru dia merasakan dia perlu keluar daripada zon selesa dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

Juara Hero Rema 2020 itu akui sejujurnya dia memang merasakan dirinya masih belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang hos. Baginya, hos ini merupakan seorang yang boleh membawa aura positif untuk penonton masuk ke dalam rancangan tersebut.

Saya mungkin belum sampai ke tahap untuk mempengaruhi penonton sebagai Nadhir Nasar. Sebagai pelakon, kita selalu memainkan pelbagai watak. Jadi, ia sangat berbeza untuk bergelar pelakon dan pengacara.

Nadhir yang juga mesra dengan panggilan Lucky berkata kadang kala kita sendiri tidak tahu kemampuan sebenar diri kita. Kita mungkin tidak nampak tetapi orang lain tahu. Sebagai manusia, kita tidak akan pernah puas dan sentiasa ingin cuba sesuatu yang baru.

Nadhir Nasar

Pelakon drama I-Tanggang itu turut memaklumkan dia sebenarnya banyak membuat rujukan mengenai bidang pengacaraan melalui YouTube dan perkongsian pakar di podcast.

Ada kalanya diri saya pun tak tahu yang saya sebenarnya mampu untuk membuat sesuatu tugasan itu. Sebagai Hero Remaja, saya harus sentiasa bersedia.

Nadhir turut mengakui dia tidak pernah pergi ke kelas hosting atau berlakon. Bila ditanya adakah dia akan meneruskan kerjaya dalam bidang pengacaraan, dia berkata ia bergantung kepada sasaran penonton program tersebut dan jika ada rezeki, dia tidak akan menolaknya.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...