Sudah empat bulan mendirikan rumah tangga bersama aktres jelita, Fazura, pelakon Fattah Amin memberitahu beliau sangat bahagia dan jatuh cinta terhadap isterinya setiap hari. Luahan kata-kata romantis itu dimuat naik oleh Fattah menerusi akaun Instagramnya.
Fattah turut menyifatkan ia adalah satu kejaiban daripada Allah SWT apabila dipertemukan dengan Fazura iaitu cinta sejati buat dirinya.
Bukan itu sahaja, Fazura juga seorang isteri yang hebat dan berjaya mengubah dirinya kepada seorang lelaki yang lebih baik dan betapa bertuahnya beliau dapat memiliki pelakon wanita itu sebagai peneman hidup.
Luahan cinta Fattah itu mendapat perhatian peminatnya yang mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan romantis seperti ini sehingga ke akhir hayat mereka. Malah, Fazura juga memberikan respon agak terharu dengan kata-kata suaminya itu.
Memang indah sebenarnya jika sudah merasai apa itu makna sebuah perkahwinan. Seperti yang lain, kami juga mendoakan agar pasangan ini dapat kekal sehingga ke syurga.

stabizz
March 12, 2018 at 12:01 pm
Alhamdulillah…
Tahniah ye… jaga lah penampilan selalu supaya kelihatan jelita dan kacak tak jemu mata memandang… memang sweet…
bujibu gemok
March 6, 2018 at 4:58 pm
orang tua cakap, bahagia jangan tunjuk kat orang. ye lah kan, tak semua suka dengan kebahagiaan kita. papepun. Semoga bahagia kepada awak berdua dan semua umat islam. aamen
Anonymous
March 6, 2018 at 9:42 am
semoga bahagia berkekalan,all the best fattzura.
Tok modin
March 6, 2018 at 6:53 am
Daya ketahanan dan cara pakai utk jangka masa yang lama tu yg penting bg sesebuah kenderaan yang berqualiti.