Written by Bella | September 7th, 2015

Penyanyi rock terkenal, Rahmad Mega memberitahu beliau bakal menunaikan ibadah Haji buat kali pertama bersama isteri dan keluarga mertuanya pada 11 September ini. Rahmad berharap agar segala urusan mereka akan berjalan dengan lancar dan semoga mendapat Haji yang mabrur.

Rahmad bakal berada di tanah suci Mekah selama 40 hari dan menyimpan hasrat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas ini.

Alhamdulillah, saya bakal mengerjakan Rukun Islam kelima pada 11 September ini. Ini merupakan kali pertama saya mengerjakan Haji selepas beberapa kali mengerjakan ibadah Umrah.

Saya berharap yang baik-baik sahaja ketika di sana nanti. Harapan saya adalah untuk sebuah perubahan kehidupan yang lama kepada yang baru dan saya mahu jadi lebih baik berbanding sebelum ini. Saya juga akan mendoakan kepada mereka semua yang telah memudahkan urusan rezeki saya agar berjaya dan turut dimurahkan rezeki, Insya-Allah.

Semoga Rahmad Mega dan keluarga selamat pergi dan balik. Alhamdullilah, beliau antara insan bertuah yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya di Mekah.  InshaAllah, perjalanan beliau akan diberkati olehNya.

Sumber Berita: Murai

48 responses to Saya Harap Yang Baik-Baik Sahaja Di Sana – Rahmad Mega Bakal Tunaikan Ibadah Haji

  1. kiki says:

    Tak taulah kenapa dr kecik smpai aku gedabak ni mmg aku nmpak tak berubah je muka abg Rahmad… One of my favourite otai. Mudahan dipermudahkan segala urusan dan selamat pergi dan kembali abg Rahmad sekeluarga (:

    0

    0
  2. aku cintakan juliana evans says:

    syukur nak…terbuka hati juga…..syukurrr…

    0

    0
  3. chantekkk says:

    the point of telling the world that??? kenapa org malaysia ni nak buat sesuatu mesti nak bilang org ehk??? mepek je ah korang ni melayu typical

    0

    0
  4. mak c kina says:

    tahniah…syukur alhamdulillah…semoga segalanya dipermudahkan

    0

    0
  5. GMIXXXX says:

    eina azman ditangkap khalwat punya cerita mana? gambar2 kt SG, Indo, Brunei dah tersebar tp Malaysia mcm kena block pula dgn cerita panas abad ini… power sgt ke g-mix tu? conferm kamcing ngan mama

    0

    0
  6. Sharniz says:

    Alhamdulillah….semoga segalanya dipermudahkan

    0

    0