Penyanyi rock terkenal, Rahmad Mega memberitahu beliau bakal menunaikan ibadah Haji buat kali pertama bersama isteri dan keluarga mertuanya pada 11 September ini. Rahmad berharap agar segala urusan mereka akan berjalan dengan lancar dan semoga mendapat Haji yang mabrur.
Rahmad bakal berada di tanah suci Mekah selama 40 hari dan menyimpan hasrat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas ini.
Alhamdulillah, saya bakal mengerjakan Rukun Islam kelima pada 11 September ini. Ini merupakan kali pertama saya mengerjakan Haji selepas beberapa kali mengerjakan ibadah Umrah.
Saya berharap yang baik-baik sahaja ketika di sana nanti. Harapan saya adalah untuk sebuah perubahan kehidupan yang lama kepada yang baru dan saya mahu jadi lebih baik berbanding sebelum ini. Saya juga akan mendoakan kepada mereka semua yang telah memudahkan urusan rezeki saya agar berjaya dan turut dimurahkan rezeki, Insya-Allah.
Semoga Rahmad Mega dan keluarga selamat pergi dan balik. Alhamdullilah, beliau antara insan bertuah yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya di Mekah. InshaAllah, perjalanan beliau akan diberkati olehNya.