“Saya Harap Semua Enjoy” – Fasi Universiti Buat ‘Prank’ Terjerit-Jerit Mohon Maaf, Akui Kurang Sesuai Dilakukan

Kehidupan

“Saya Harap Semua Enjoy” – Fasi Universiti Buat ‘Prank’ Terjerit-Jerit Mohon Maaf, Akui Kurang Sesuai Dilakukan

Kecoh di media sosial baru-baru ini video memaparkan suasana semasa sesi orientasi di salah sebuah universiti awam di Johor.

Dalam video itu, kelihatan beberapa individu bertengkar sebelum ianya bertukar menjadi kejutan hari jadi (prank) salah seorang fasilitator.

Advertisement

Video viral membuatkan netizen mengecam fasilitator yang dianggap kebudak-budakan. Malah netizen turut mempersoalkan budaya orientasi yang dikatakan hanya ‘syok sendiri’.

Saya mengakui kesilapan saya. Pertama sekali, mungkin kandungan yang saya buat tu tak berapa sesuai. Apa-apapun, saya kena mengakulah. Memang itu kesalahan yang kita tak boleh nafikan.

Di hari terakhir orientasi, fasilitator dalam video viral tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua pelajar-pelajar baru.

Pihaknya mengakui mungkin ada yang melihat tindakan mereka membuat prank kurang sesuai. Walau bagaimanapun, dia berharap semua pelajar baru seronok sepanjang sesi orientasi tersebut.

Saya minta maaf dari pihak saya dan saya mewakili keseluruhan fasilitator kerana tindakan saya menyebabkan nama kami, nama anda semua mungkin tercalar. Saya harap, orientasi kali ini menjadi kenangan untuk anda semua.

Dia juga meminta maaf kerana isu viral telah mencemarkan nama organisasi dan program minggu destini siswa (MDS) secara keseluruhan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Haliza Maysuri jilat pinggan
3 months ago

"Pelik-Pelik Cara Orang Kaya Makan.." - 'Founder' Tudung Kongsi Pengalaman 'Fine Dining' RM12K, Siap Jilat Pinggan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...