Pempengaruh dikenali sebagai Aiman Tak Kesah berkata dia berharap mahkamah memutuskan perceraian kali kedua antaranya dan isteri, Siti Jamumall disahkan kepada talak dua agar mereka dapat kembali rujuk.
Kata pempengaruh berusia 22 tahun itu, dia masih menyimpan rasa sayang terhadap Siti Jamumall dan akui banyak kekhilafan berlaku sepanjang perkahwinan mereka.
Saya mengharapkan jatuh talak dua supaya saya boleh rujuk. Kita bukan bujang lagi kan? Berbeza bila kita dah ada anak ini.

Tambah Aiman, dia enggan anak mereka menjadi mangsa perceraian dan mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya dan Siti Jamumall.
Mungkin ada kesilapan daripada saya sebelum ini. Mestilah ada rasa sayang sebab kami ada anak. Kalau tak sayang, takkan saya nak tipu diri saya kan?
Bagaimanapun, Aiman berkata dia reda sekiranya tidak dapat mempertahankan perkahwinan itu dan akur dengan takdir Allah SWT.
Dalam pada itu, Aiman juga berkata dia dan Siti masih berkomunikasi dan isterinya meluahkan keterujaan menunggu kehadiran anak sulung mereka.
Saya ada juga ke klinik untuk pemeriksaan, saya masuk dalam proses check-up. Kami berbual macam biasa.
Saya sangat-sangat teruja dan keterujaan saya berganda sekarang. Pertama untuk tunggu keputusan dan untuk menunggu kelahiran anak saya.
Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 22 September depan bagi memutuskan sama ada lafaz cerai dibuat oleh Aiman ketika siaran langsung TikTok, jatuh sebagai talak dua atau tiga.