Saya Harap Fasha Kuat Dan Bersabar Dengan Dugaan Ini – Rita Rudaini

Hiburan

Saya Harap Fasha Kuat Dan Bersabar Dengan Dugaan Ini – Rita Rudaini

Sebagai salah satu rakan selebriti, Rita Rudaini turut bersedih dengan nasib Fasha Sandha apabila sah diceraikan talak satu oleh Jejai pada hari Rabu lepas.

Advertisement

Pernah menghadapi masalah rumah tangga dan berhadapan situasi yang sama  sebanyak dua kali didalam perkahwinannya, Rita yang  juga merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak cukup memahami situasi Fasha sekarang berharap agar Fasha kekal tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini.

Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai. Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat.

Mengikuti perkembangan gosip rumah tangga Fasha, Rita sentiasa menyimpan harapan agar tiada penceraian yang akan berlaku dan agar pasangan berkenaan melakukan apa sahaja demi mempertahankan rumah tangga mereka.

Ketika mendengar gosip itu, saya mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu dia pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun. Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan demi anak. Saya tidak mahu dia melalui pengalaman seperti saya. Namun, dalam perkara ini semuanya Allah SWT sudah tentukan.

Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak.

Hanya seorang wanita yang pernah melalui perkara yang sama akan memahami perasaan Fasha sekarang. Segala perit, rasa sedih dan hilang arah apatah lagi memikirkan dua orang anak yang masih kecil ia bukan satu tanggungjawab yang mudah tanpa suami di sisi. Sama seperti Rita, kami juga berdoa agar Fasha diberikan kekuatan untuk bangkit dan kekal tabah. InshaAllah.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...