“Saya Harap Dapat Doa Semua” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur, Pertunangan Dengan Shuib Berjalan Lancar

Hiburan

“Saya Harap Dapat Doa Semua” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur, Pertunangan Dengan Shuib Berjalan Lancar

Wanita yang menjadi pilihan hati Shuib untuk dijadikan isteri, Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur di atas majlis pertunangan mereka yang berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan.

Kata Watie, dia mengharapkan doa daripada orang ramai agar hubungan yang akan dibina bersama Shuib berkekalan sehingga akhir hayat.

Advertisement

Dia berkata demikian setelah selesai majlis pertunangan di mana Watie juga mengakui merasa terjua dengan ikatan yang baru dibina itu.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, perasaan sekarang bercampur baur. Saya mengharapkan segalanya dipermudahkan, bukan hanya untuk ke jinjang pelamin saja tapi untuk selama-lamanya.

Saya harap perhubungan dengan bakal suami itu mendapat doa daripada semua.

Memetik Gempak, foto-foto sepanjang majlis pertunangan dilihat meriah meskipun disambut secara sederhana.

Dalam majlis tersebut, Watie telah disarungkan cincin tunang oleh ibu Shuib, Salamiah Jalani sambil disaksikan ibunya.

Pasangan itu dijangka bakal menamatkan zaman solo pada 23 Jun 2023 ini.

pasangan selebriti bercerai
2 years ago

Pelakon Wanita Hadir Ke Mahkamah Syariah, Lagi Pasangan Selebriti Bakal Bercerai?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...