Hari ini, pasangan selebriti Farid Kamil dan Dania Danielle disahkan telah pun bercerai dengan talak satu.
Pelakon Diana Danielle sewaktu ditemubual sebelum memasuki dalam mahkamah untuk lafaz cerai berkata dia tidak meletak harapan berhubung perceraiannya bersama suami.
Kata Diana, sama ada bercerai ataupun tidak, dia akan menerima segala keputusan dengan hati terbuka.
View this post on Instagram
Apabila ditanya perasaannya sebelum melangkah keluar rumah menuju ke mahkamah, pelakon itu akui tiada langsung rasa sedih tetapi sebaliknya menghiburkan hati dengan bernyanyi kecil kerana enggan membuat diri berasa tertekan.
Saya happy.. nyanyi-nyanyi kecil. Tiada sebab untuk saya berasa sedih dan menyeksa diri.
Sekadar info, kemelut rumah tangga pasangan selebriti ini menjadi perhatian setelah Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu atas sebab sudah tidak sehaluan dengan Farid Kamil.