Pelakon Fathia Latiff tampil menjelaskan mengenai kecelaruan yang timbul sama ada dia kini sudah bergelar peguam baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fathia memaklumkan bahawa dia bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan bukannya seorang pengamal undang-undang seperti disangka netizen.
Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.
Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.
Ujarnya lagi, kecelaruan itu adalah tidak disengajakan olehnya.
Dia turut memohon maaf di atas salah faham tersebut sekiranya telah menimbulkan kekeliruan terhadap mana-mana pihak.
Terdahulu, Fathia mendedahkan bahawa dirinya sudah berkecimpung dalam bidang guaman dan turut menyertakan beberapa keping foto dan video bersama rakan-rakan sepejabat.
Pelakon drama Ariana Rose ini sebelum ini telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Disember 2014.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.