“Saya Hanya Tidur 2 Jam Sahaja Untuk Cari Duit” – Aliff Syukri Akui Dah Puas Cari Harta Benda

Hiburan

“Saya Hanya Tidur 2 Jam Sahaja Untuk Cari Duit” – Aliff Syukri Akui Dah Puas Cari Harta Benda

Mendedahkan bahawa dirinya sudah puas menjalani kehidupan yang sentiasa mengejar kekayaan selama ini, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kini bagai sedar akan hakikat sebenar, apa yang dilakukannya itu bukanlah erti nilai sebuah kebahagiaan sebenar yang dicari selama ini.

aliff syukri

Advertisement

Menurutnya, beliau sudah puas hidup mencari harta siang dan malam sehingga menjejaskan waktu tidur demi mencari duit.

“Kadang-kala tanya apa nilai kebahagiaan yang saya ingin cari selama ini. Lebih dari 15 tahun saya mengemudi dalam dunia busines, daripada pasar malam, rumah ke rumah, maki hamun orang, sepak terajang dalam dunia busines semua saya dah rasa.”

Ujarnya lagi, dirinya juga kini seakan kurang aktif beraksi di hadapan kamera apatah lagi di sosial media kerana mahu rehat daripada perkara sebegitu, malah menyifatkan apa yang dilaluinya itu merupakan erti sebenar kebahagiaan yang dicari.

aliff syukri

“Saya nak bagi tumpuan kepada keluarga saya. Saya nak buat kerja apa yang saya suka. Saya takut kalau saya mati awal saya akan rugi. Syukur alhamdulillah kesedaran itu datang lebih awal.”

Terdahulu, Aliff pernah meluahkan rasa seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya sudah letih menguruskan perniagaan.

Lebih memeranjatkan, salah seorang pekerjanya mendedahkan dirinya terpaksa ditamatkan perkhidmatan ekoran kedudukan kewangan syarikat yang diusahakan oleh Aliff kini dikhabarkan makin terjejas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...