Pelakon Yatt Hamzah baru-baru ini telah mengalami keguguran anak ke limanya pada petang Selasa yang lalu selepas mengadu sakit cirit birit.
Dia yang menzahirkan perasaan sedih itu di ruangan Instagram akui telah redha dengan nasib dan takdir yang menimpa dirinya.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah turut berkongsi saat-saat ketika janin anaknya itu ditanam bersama suami tercinta.
“Tunggu bonda, abah dan kakak2 di pintu syurga ya Anak..Bonda namakan Anakanda Bonda ini Muhammad Abdullah kerana Dia tetap anugerah Allah untuk Bondanya..”
Meskipun hanya sempat mengandungkan Abdullah beberapa hari sahaja, Yatt memberitahu yang dia percaya di atas segala aturan Yang Maha Esa.
Yatt Hamzah dan suami Muhammad Zulfadli yang mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan suami pertama, Abdul Mutalib Shukor telah dikurniakan tiga orang cahaya mata serta seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu.