Written by AbangNara | June 10th, 2019

Baru-baru ini tular sebuah video seekor beruang matahari yang dilihat mengeluarkan bunyi bising sambil cuba keluar dari tingkap sebuah kondominium. Beruang itu kemudiannya telah berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia. Atas kesalahannya memeliharan dan menyimpan beruang matahari tersebut, penyanyi rock Zarith Sofia telah pun ditahan dan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 dan penjara 5 tahun.

zarith sofia beruang

Para netizen telah pun mengecam tindakan penyanyi yang dikenali dengan nama gelaran Pia itu, lebih-lebih lagi selepas mendengar alasannya yang agak tidak masuk akal. Mana tidaknya, Pia menyangka beruang itu adalah seekor anjing dan hanya ingin menjaganya sampai sihat sebelum menghantarnya ke zoo. Secara logiknya, kalau dah perasan haiwan tersebut adalah seekor beruang matahari, maka teruslah hubungi pihak berkuasa. Ini siap simpan sampai 2 minggu dan bagi nama timangan “Bruno” lagi. Memang lain macam.

Sebenarnya, saya jumpa anak beruang itu di tepi jalan dalam keadaan lemah pada waktu malam di kawasan Bukit Ampang, Jalan Hulu Langat, bulan lalu. Jalan ketika itu gelap jadi saya sangkakan seekor anjing, tak sangka binatang itu adalah anak beruang matahari.

Jadi saya ambil keputusan membawanya pulang dan menjaga sehingga baik sebelum bercadang menghantarnya kepada pihak zoo dalam waktu terdekat. Namun tak sangka ia menjadi tular terlebih dulu. Saya mohon maaf atas apa yang berlaku. Saya tak sangka perkara ini menjadi satu isu besar.

zarith beruangMenurut Zarith Sofia, dia memang pulang beraya ke kampung dan meninggalkan beruang itu keseorang namun telah menyediakan makanan yang secukupnya. Katanya lagi:-

Memang betul saya balik kampung untuk beraya, tapi saya tak biarkan dia kelaparan. Saya tinggalkan makanan. Malah saya tidak letakkan dia dalam sangkar kerana tak mahu dia duduk terlalu lama. Itu lagi kejam. Mungkin ada jiran yang lalu dan nampak beruang itu dan mereka bising. Sebab itu beruang itu meraung mungkin kerana panik juga.

Kalau Bruno boleh bercakap mesti dia akan beritahu makanan yang saya bagi sedap-sedap, makan coklat… Memang niat lepas dia okay, saya nak hantar ke zoo. Saya risau kalau hantar Bruno ke zoo (ketika dia masih sakit) kerana binatang di sana pun semuanya kurus kering. Badak pun tak nampak macam badak.

 

Apa pun diharap Jabatan Perhilitan mengambil tindakan tegas terhadap penyanyi ini agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Sumber Mstar Online dan Harian Metro.

38 responses to Saya Hanya Nak Selamatkan Beruang Itu, Bagi Makan Sedap-Sedap – Zarith Sofia

  1. Anonymous says:

    Kalu aku jadi phak berkuase,aku peratikan je minah ni takut memang die ade geng sindikit seludup haiwan eksotik. .kalu bukan maknenyr memang die ni bodo piang….

    34

    0
    • Latheefah Poya says:

      Kan.. kesian bukan alasan nk simpan beruang dalam rumah. Takkn x reti beza antara musang dgn anjing. Dia ni baru turun dari planet mana?

      20

      0
    • Anonymous says:

      JGN NAK TIPULAH…KALU KAU JUMPA SKLI PUN..SENANG KE KAU NK BAWK BALIK KALU TK BERUANG TU SERANG KAU..NASIBLAH..
      INI MESTI.NK JUAL PADA SINDIKET..BERUANG BETUL AH DI MINAH NI

      2

      0
  2. Anonymous says:

    sewel dah minah ni..tak boleh pikir mana patut dan mana tak patut

    3

    0
  3. Anonymous says:

    Aku yg duduk kg ni pon tmpt hutan mane nak jumpe sunbear senang2 tepi jalan cmni dekat bukit ampang pulak tu, musykil aku sekejap bukit ampang tu hutan belantara or penuh kelapa sawet ke, takkan x boleh terus hantar ke vet sambil call perhilitan?

    27

    0
    • Shaz says:

      Ko xpenah pegi bukit ampang mmg la main cakap je.. mmg situ hutan.. lagi sorg bingai.. dok kampung tau men bego je ke apa.. cer rajin sket tgk map ke apa ke.. jgn sengal men tulis je..

      0

      12
  4. ape daaaaa says:

    apa bongok punya alasan dia bg nie. siap bg mkn coklat la. ayoooo.. ape daaaa

    15

    0
  5. Bob Barli says:

    Thousand of excuses show your level of stupidity. Just admit your fault to keep people’s mouth shut.

    19

    0
  6. Dewa Kenchana Puteri says:

    Bodoh tahap piang

    3

    0
  7. Anonymous says:

    Takut kena kasi angpow pd pihak berkuasa le tu mula cari alasan2 yng x munasabah. Beruang dgn anjing pun x dpt beza. Kecik2 x belajar nama/ kenal hewan ke dik ooiii?

    11

    0
  8. Mira says:

    Kat fb kecoh dia ni rampas suami org sampai bercerai berai. Anjing dengan beruang pun tak boleh beza, tu yang laki orang atau bukan laki orang pun dia sebat. Sebab dia dont careee janji sendiri happy. Tskk.

    5

    2
  9. lala says:

    kah kah..dia punya statement mcm budak tadika!!biar betol ko ni dik..terhibur aku baca..

    7

    0
  10. Aida Musa says:

    Kalau kau tahu itu anjing kenapa ada plan nak hantar zoo pula? Apa la kau ni????

    11

    0
  11. Anonymous says:

    Alasan x nk kena denda. Buat2 bodoh.

    7

    0
  12. Anonymous says:

    Besok batang laki pun disanga ular!

    4

    1
  13. Alanice says:

    Org lonely cmtu r

    0

    0
  14. Shaz says:

    Mmg xperihatin.. kot iye ko anggap tu anjing mana bole anjing or kucing mkn coklat.. klu tu anjing skali pn ko xkan xtau hukum.. pastu balik kg.. seriously mana dia letak akal dia.. bg mknanan sedap n tglkn mkanan n anggap ok its fine.. bole hidup sampai kau balik bercuti. Abis kebersihan.. keselamatan bear tu cmne? n brg2 perkakas kt uma xjahanam ke? Nmpk nau ayat coverline.. nipu je lebih.. xke mana la kerjaya dia nie.. sian..

    11

    0
  15. Anonymous says:

    Layak mendapat Anugerah Darwin 2019

    3

    0
  16. Ye la Piah Hoi says:

    Dia buat skrip Bosskurrr.. duit masuk akaun sendiri x sedar… wakaka

    7

    3
  17. ikan says:

    stupidity at its best. tinggalkan bear tu kat rumah sorang2 pastu ko balik beraya? kucing pun orang letak boarding la kalau balik beraya. klu tak hantar boarding pun, kene catproof dulu rumah letak net bagai. itu aku la. ade je orang tak catproof rumah dengan alasan kucing dia pandai. pastu skali kucing pandai dia tu melompat ke bawah kejar burung ke apa baru nak nangis teroyak.
    takkan tak reti beza anjing dgn bear? dah kalau itu anjing pun ko bawak balik bela dlm rumah dah kenapa?
    kalau bear ni terlepas ke luar rumah mcm mana? kalau jatuh macam mana? kalau dia cakar anak orang yang ingat itu teddybear macam mana?

    6

    0
  18. Hulk says:

    first red flag. she already named the baby bear. “bruno”. lol
    second red flag. she said she planned to send the baby bear to zoo. like the f*ck. if she thought it was a dog, she’d want to send it to the vet not the zoo. how dumb.

    7

    0
  19. Atokkau says:

    Perangai bodoh macam PUABU

    4

    0
  20. Atokkau says:

    Perangai bodoh mcm PUABU

    2

    0
  21. Atokkau says:

    Perangai bodoh macam PUABU

    3

    0
  22. Anonymous says:

    menipu bukti ampang ada sunbear. kat hutan sabah sarawak pun sunbear ni dah nak pupus dan hampir tiada tahu tak. jenuh la org buat sunbear sanctuary. ni ko boleh pulak kata terjumpa kat bukit ampang yang dah di tarah sana sini tu..

    7

    0
  23. Hot stuff says:

    Mana ada sun bear kat ampang. Dia ada kat hutan tebal yg ada honey mcm kat pahang or borneo. Nampk sgt ‘cerdik’ minah ni. Napa la artis melayu ramai ‘cerdik’. Logically klu jumpa haiwan liar mesti call authority. Sapa gila berani pegang haiwan liar. Im not surprise she is involve in poaching sindiket. Crazy Stupid woman

    8

    0
  24. An says:

    Kalau nak klentong biar hangit

    2

    0
  25. Anonymous says:

    gambar baju cream tu mengoda wei..berbijik…

    0

    1
  26. tecit says:

    alahai kesiannye bear tuuuu dibiar sorang2. tau plak die beruang tu panic. awat x hantaq p zoo sblm g balik raya bingai. ape kate ko je dibiar sorang2 dlm rumah tu bg beruang tu balik raye kt zoo.

    0

    0

Tinggalkan Komen Anda Di Sini