Bella Astillah, 31, menegaskan bahawa dia tidak bercadang untuk beralih ke dunia politik meskipun dia aktif dalam pelbagai program kemasyarakatan.
Menurut Bella, dia selesa dengan kerjaya seni yang sedang dijalani, yang juga memberi banyak peluang untuknya memberi sumbangan kepada masyarakat. Katanya,
Memang saya tidak pernah terfikir untuk jadi ahli politik. Jauh sangat nak ke arah itu.
Bella turut menyatakan bahawa ramai individu terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, namun tidak semua berkongsi pembabitan mereka di media sosial. Tambahnya,
Saya hanya mahu fokus kerjaya saya sekarang, iaitu menyanyi dan berlakon. Jauh sekali mahu jadi ahli politik.
Meskipun begitu, Bella menyedari bahawa tidak semua netizen menyukai kandungan yang dimuat naiknya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Ujarnya,
Saya faham, ada yang tak selesa. Tapi, saya sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan client.
Bella berharap agar orang ramai memahami bahawa dia hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang artis yang mencari rezeki.