Tersentak juga Abang Nara membaca kata-kata Salamiah Hassan yang kini berusia 61 tahun di dalam Berita Harian hari ini.. Ini semua gara-gara suara orang ramai yang menyatakan dirinya tidak sedar diri kerana sering bergaya seksi. Bagi Salamiah, dia hanya menjadi dirinya sendiri.
Antara kata-kata ibu kepada Atilia ini ialah:-
Bukan tiada yang menegur cara saya berpakaian dan mengatakan penampilan saya tak sesuai dengan usia. Mereka ini hanya pandai mengata dan menilai orang dari sudut luaran, tapi tahukah mereka apa yang saya lalui sepanjang kehidupan ini? Lantaklah apa yang mereka nak kata. Saya hanya menjadi diri saya sendiri. Rasanya saya tak adalah seseksi yang dikatakan. Inilah penampilan saya sejak dulu. Kalau bertudung pun tapi tak ikhlas, tak guna juga.
Memang tegas benar kenyataan Salamiah Hassan ini. Mungkin pengalaman hidup yang dilalui mengajar dirinya untuk menjadi seseorang yang berpendirian sebegini. Mungkin kehidupan tanpa seorang suami selama 25 tahun membuatkan Salamiah pandai berdikari. Semoga Salamiah terus hidup sihat dan dipanjangkan umurnya.