Saya Hanya Mangsa Keadaan, Tidak Akan Kahwin Untuk Tutup Kontroversi – Faye Kusairi

Hiburan

Saya Hanya Mangsa Keadaan, Tidak Akan Kahwin Untuk Tutup Kontroversi – Faye Kusairi

Minggu ini, nama Faye Kusairi, Azmi Hatta dan Elly Mazlein memang tidak henti dikaitkan dengan kontroversi hangat. Selepas seorang mengeluarkan kenyataan, seorang lagi akan membalasnya.

Advertisement

Terbaru, Faye yang turut tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan masalah Azmi dan Elly memberitahu beliau tidak akan berkahwin dengan kekasihnya itu semata-mata untuk menutup kontroversi.

Walaubagaimanapun, Faye akui  setiap kontroversi membuatkan hubungan beliau dan Azmi lebih rapat.

Ada orang kata kalau kami kahwin dapat menutup semua cerita tetapi bagi saya situasi sekarang tidak sesuai untuk ke arah tersebut. Insya-Allah saya hanya bersedia untuk berkahwin apabila tiba masanya. Setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja walaupun banyak dugaan yang datang.

Pada masa yang sama, Faye akui beliau merasa tertekan dengan apa yang berlaku apatah lagi ketika dikecam oleh netizen.

Saya faham situasi saya sebagai selebriti tetapi sebagai manusia biasa saya juga ada berasa sedih dan menangis apabila pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap saya. Saya mangsa keadaan dalam hal ini tetapi Alhamdulillah dugaan yang Allah berikan ini sebenarnya terdapat pelbagai hikmah.

Syukur saya masih dapat teruskan kerja seperti biasa, rezeki dalam lakonan pun tidak putus.

Berbicara mengenai isu beliau menggelarkan wartawan bodoh di akaun Twitternya, Faye menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyinggung hati pihak media. Pada waktu itu beliau merasa tertekan.

Saya ingin memohon maaf kepada anda (wartawan) jika kenyataan saya di Twitter menyinggung perasaan kalian. Sejujurnya saya kesal di atas apa yang terjadi dan bukan niat saya untuk berkata demikian kerana ketika itu saya dalam keadaan tertekan.

Kenyataan itu saya buat kerana provokatif pihak Elly dan bukannya saya memaksudkan media bodoh. Twitter pula tidak boleh menulis status panjang jadi saya tidak boleh jelaskan betul-betul.

Masalah tidak akan selesai kalau hanya meluahkannya di media sosial. Harapnya selepas ini tiada lagi kontroversi mereka bertiga timbul. Buka buku baru dan jalani kehidupan masing-masing. Kadang-kadang diam itu lebih baik.

Sumber Berita : mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...