“Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin” – Rayhan Kabir

COVID-19

“Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin” – Rayhan Kabir

Susulan penahanan seorang warga Bangladesh berusia 25 tahun, Md Rayhan Kabir pada 24 Julai oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Rayhan ketika ditemubual telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak sesekali menipu atau melakukan apa-apa kesalahan jenayah.

Advertisement

Memetik laporan Sinar Harian, warga Bangladesh yang berusia 25 tahun itu, yang ditemubual dalam dokumentari yang diterbitkan oleh Al Jazeera telah menyampaikan rasa kesal dan kecewa terhadap layanan yang diberikan oleh PATI di Malaysia, terutamnya sewaktu penularan wabak COVID-19.

Video ini telah dimuatnaik di laman social media dan seterusnya memberi persepsi negatif terhadap Malaysia dalam mengendali isu PATI sewaktu PKP.

“Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin. Saya yakin semua pendatang dan Bangladesh akan bersama saya dalam isu ini,”

al jazeera

Namun demikian, walaupun menafikan segala tuduhan yang dilemparkan pada Rayhan, warga Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenaraihitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Larangan ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika ditemubual oleh Sinar Harian. Penahanan Md Rayhan telah diklasifikasikan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Sumber – Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...