Susulan memberikan kritikan terhadap nyanyi Fazura, pelakon, Rashidi Ishak berkata dia sekadar menegur dan berkongsi pendangan sahaja sebagai rakan artis.
Rashidi turut berkata dia tidak berniat untuk mengkritik pelakon itu kerana dia memahami pelakon berkenaan kurang berpengalaman dalam membuat persembahan nyanyian secara langsung.
Perkara itu hanya pandangan ikhlas dari saya. Tak dinafikan suara Fazura memang sedap sebagai seorang penyanyi pop, cuma klip yang tular jelas nampak nyanyian dia sedikit lari (pitching).
Kalau kita lihat, untuk penyanyi yang berlatih setiap hari dan sering membuat persembahan, masalah pitching jarang berlaku kepada mereka.
Fazura mungkin kekurangan pengalaman menyanyi secara live. Mana ada penyanyi yang lahir-lahir terus bagus, semua perlu berlatih dan dipelajari.
Menurut Mstar, Rashidi turut menganggap Fazura bertuah kerana berpeluang untuk membuat persembahan dan melebarkan sayap di Indonesia.
Fazura secara tak langsung bawa nama Malaysia ke luar negara, susah dapat peluang sebegitu untuk melebarkan sayap ke Indonesia.
Terdahulu, nyanyi secara langsung Fazura menyampaikan lagu Bertahan Demi Cinta ketika tampil di Sea News Today di Jakarta, Indonesia menjadi bualan dan bahan jenaka pelbagai pihak.
Rashidi turut terpanggil untuk menulis komen mengenai persembahan pelakon berkenaan di aplikasi Threads miliknya.