“Saya Hanya Ingat Mati” – Diana Rafar Akui Trauma Dengan Insiden Banjir

Hiburan

“Saya Hanya Ingat Mati” – Diana Rafar Akui Trauma Dengan Insiden Banjir

Pelakon, Diana Rafar berhadapan suasana kelam-kabut dengan persekitaran yang berubah menjadi lautan bergelora membuatkan dia hanya terfikir soal ajal.

Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, mengakui tidak dapat melupakan peristiwa itu. Malah, sehingga hari ini, dia trauma untuk pulang ke kediamannya di Seksyen 13.

Advertisement

Menurut Diana, 39, kedudukan kediamannya pada tingkat enam membolehkan dia melihat semua yang berlaku sekelip mata.

Hujan sangat lebat dan angin bertiup kencang. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dalam sekelip mata, air mula memenuhi kawasan persekitaran kondominium.

Tambah pelakon filem Susuk itu, keadaan bertambah huru-hara apabila semua penduduk berkumpul dan air di luar kondominium makin deras seperti ombak.

Ketika itu, kami hanya memikirkan soal mati. Saya hanya mampu berdoa dan berzikir sepanjang malam.

Dalam pada itu, Diana memaklumkan dia masih trauma dengan insiden itu dan setiap kali mengenangkan kejadian ‘hitam’ itu, hatinya amat tersentuh dan bulu roma berdiri.

Baca: (TAKZIAH) Diana Rafar Alami Keguguran Di Usia Kandungan Dua Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...