“Saya Hanya Ikut Konsep Muzik Video Lagu..” – Nabila Razali Jawab Dakwaan Pakai Tudung Jarang, Singkat

Hiburan

“Saya Hanya Ikut Konsep Muzik Video Lagu..” – Nabila Razali Jawab Dakwaan Pakai Tudung Jarang, Singkat

Penyanyi Nabila Razali menjelaskan penggayaan tudungnya yang dilihat semakin singkat dan jarang kebelakangan ini dilakukan bagi memenuhi konsep muzik serta karya terbaharunya.

Bagaimanapun, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 34, mengakui dia agak berhati-hati ketika mengulas perkara tersebut kerana tidak mahu kenyataannya disalah tafsir oleh orang ramai.

Advertisement

Menurutnya, sebagai anak seni, dia sentiasa berkarya dari segi muzik, fesyen dan penampilan mengikut konsep lagu yang dibawakan.

“Tapi untuk saya sendiri sebagai anak seni, saya sentiasa berkarya dari segi muzik, fesyen dan penampilan mengikut lagu-lagu yang saya keluarkan.”

“Kali ini saya ikut konsep retro sedikit kerana lagu raya saya ada ‘vibe’ retro. Jadi saya ikut konsep muzik, tapi tidak bermaksud saya mengetepikan perkara yang salah,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur, semalam.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu turut menjelaskan bahawa setiap penampilan yang ditampilkan bukanlah keputusan peribadi semata-mata, sebaliknya dibincangkan bersama pasukan kreatifnya terlebih dahulu.

 

Dalam masa sama, Nabila mengakui menerima pelbagai teguran daripada orang ramai, namun memilih untuk menerimanya dengan hati terbuka.

“Ada (bagi teguran) juga tapi saya terima dengan hati terbuka, tidak terasa hati , saya tahu apa yang salah apa yang tidak. Saya hanya manusia biasa dan masih mencuba untuk memperbaiki diri.”

“Tapi macam saya cakap, saya dalam fasa memperbaiki diri, memang ambil masa. Tak boleh terus terus menjadi sempurna.”

Sebelum ini, penampilan Nabila ketika mempromosikan lagu raya baharunya berjudul Tak Sabar Nak Raya menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syed saddiq
2026-03-12 10:34:57

YB Syed Saddiq Sangkal Dakwaan Melampau Oleh Netizen - "Pengundi Muar Tahu Kau Sibuk 'Berendut', Lupa Tugas MP"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...