“Saya Hanya Hamba Allah Yang Masih Lemah…” – Aliff Aziz Mohon Maaf Jika Penonton Tak Setuju Babak Bersentuhan

Hiburan

“Saya Hanya Hamba Allah Yang Masih Lemah…” – Aliff Aziz Mohon Maaf Jika Penonton Tak Setuju Babak Bersentuhan

Pelakon Aliff Aziz dikritik baru-baru ini selepas tular babak lakonan di mana dia bersentuhan dengan pelakon wanita dan ia membuatkan ramai penonton berasa kurang senang.

Suami kepada Bella Astillah itu bagaimanapun telah tampil memberikan komen berkenaan isu terbabit dan menurutnya Aliff, dia tidak mahu menegakkan benang yang basah terutamanya ia membabitkan hukum.

Advertisement

Akui Aliff, dia hanya insan yang lemah dan cuba untuk memperbaiki dirinya setiap hari semampu yang boleh untuk menjadi lebih baik.

Bagi Aliff perkara tidak betul kita tidak boleh tegakan benang yang basah dan mengatakan benda itu betul. Cuma saya hanya seorang hamba Allah yang masih lemah dan setiap hari saya cuba untuk perbaiki diri sendiri semampunya untuk jadi lebih baik.”

Bukan itu sahaja, pelakon berasal dari Singapura itu juga memohon maaf kepada penonton sekiranya mereka tidak bersetuju dengan babak bersentuhan yang dilakonkannya.

Dalam pada itu, dia turut memohon agar peminat dan penonton drama dilakonkannya untuk tidak mencaci sebaliknya mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Saya harap ini tidak menjadikan sebab untuk orang mencaci kerana bagi saya lebih baik kita mendoakan kerana kebaikan itu akan berbalik kepada kita.”

Terdahulu, beberapa video tular di media sosial menunjukkan Aliff Aziz bermesra termasuklah berpelukan dengan pelakon wanita seperti Intan Najuwa dan Sophia Barakbah.

intan najuwa bersuara isu berpelukan
2 years ago

"Ingat Nak Peluk Saja-Saja Ke" - Dikecam 'Mesra' Peluk Aliff Aziz Di Genting, Intan Najuwa Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...