Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Hanya Beri Makan Pada Anjing, Tidak Sentuh – Yasin Sulaiman

Foto penyanyi Yasin Sulaiman memberi makan kepada dua ekor anjing yang ketika mendaki Bukit Tabur mendapat perhatian netizen.

Advertisement

Ia adalah ganjaran kepada anjing tersebut yang setia menemani beliau sepanjang pendakian beliau ke puncak bukit. Ramai juga yang memuji betapa mulianya hati Yasin berkongsi rezeki dan menyantuni haiwan tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang memandang sinis dengan niat baik Yasin dan mula memberikan pelbagai komen termasuk hukum menyentuh anjing dalam agama Islam.

Saya cuma memberi makan kepada anjing itu dan tidak menyentuhnya pun. Kejadian berlaku sewaktu saya dan abang mendaki Bukit Tabur pagi ini. Mulanya kami terkejut apabila empat ekor anjing muncul tapi tak risau pun disebabkan haiwan berkenaan sangat mesra. Lebih menarik, haiwan itu mengekori kami naik sampai atas hinggalah turun bawah.

Sewaktu menjamah roti yang kami bawa bersama, saya kongsikannya kepada haiwan itu. Haiwan itu pun nampak sangat gembira dapat makanan.

Advertisement

Pada kami, Yasin menunjukkan contoh yang sangat baik buat semua umat Islam. Memberi makan kepada haiwan walaupun anjing yang haram dibela ataupun disentuh bukanlah satu perbuatan yang hina. Apa salahnya untuk berkongsi rezeki yang kita ada asalkan tahu menjaga batas.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 Comments

  1. Anonymous

    December 12, 2018 at 2:04 pm

    teruk sgt dah level netizen2 ni. bila tanbgan lagi cepat dr akal ni la akibatnya. tu blm lg keluar dajal tu..kalau keluardajal siap buat magik2 dia…ha..netizen2 mcm ni la yg ke depan dulu kot. jgn la suka melulu netizen oii. baca & fahami. tak paham belajar ..tanya bukan main serbu la. semak la oii!

  2. Anonymous

    December 12, 2018 at 1:43 pm

    Dorg yg komen tu lupa ke cerita pelacur yg beri minuman pd anjing dapat masuk syurga..belajar ilmu agama lg dikk.

    • Anonymous

      December 12, 2018 at 2:31 pm

      betul tu..
      kadang2 malu ade saudara islam perangai tau melalak jer ni.. dah tau ilmu agama cetek lagi tunjuk kebodohan

  3. anti bapok

    December 12, 2018 at 12:51 pm

    Yang jenis hina sangat tengok anjing ni jahil. Anjing cuma haram disentuh ketika basah dan najisnya dikategorikan sebagai najis besar. Bukan sampai kau tak boleh mempunyai sifat belas ihsan pada dia. Belas ihsan kepada apa sahaja makhluk akan dibalas dengan kebaikan. Jangan jadi bapok lorong sudah

    • Animosity

      December 12, 2018 at 1:39 pm

      Hahaha…kelakar pulak comment kau;) alah si abg Yassin ni bukan tak tau agama. Bukan bermakna dia kena sepak tendang anjing tu. Dia ada rasa belas bagus tu, pada aku tak salah bukan dia bawak rumah lepak atas katil…chill la.

  4. Anonymous

    December 12, 2018 at 12:45 pm

    kalau sentuh pun apa masalahnye. bukan dia bela pun. pikir benda lain yang lebih bernas skit netizen, plizz

  5. di

    December 12, 2018 at 12:39 pm

    kenapa bela anjing dan sentung anjing haram?

    boleh bela anjing tapi sebagai guard dan letak kat luar rumah….
    boleh sentuh anjing tapi kena samak…

    • WickEd

      December 12, 2018 at 1:48 pm

      Sentung tu apa? Takde hal la…tapi hal kalau bawak masuk rumah…cium2 mulut anjing…kita nak kena bersihkan, pasal nak jaga tempat solat bersih, baju pakaian bersih…kalau cam dia okla dia tak pegang dia rasa kesian anjing2 tu ikut dia naik gunung so dia upah la makan…cuma kalau kau sengaja pegang manja2, bela, bawak gurau atas sofa, berselfie bagai memang kau mintak kena kecam. Faham?

Loading...
To Top